Bila Manusia di beri pilihan..Maka,..pilihlah yang benar.. Islam Agamaku, Muhammad S.A.W Rasulku, Al- Quran penyuluhku..
Tuesday, 7 April 2015
Ciri Mukmin Sejati La Tahzan
Orang mukmin bagaimana hebatnya sekalipun, akan hilang rasa hebatnya kerana tenggelam di bawah keangungan Tuhannya (Allah).
Orang mukmin kalau dihina orang akan rasa tenang dan mudah menahan kemarahannya, kerana dia merasakan sememangnya dirinya hina pada pandangan Allah..Kerana pandangan Allah sahaja menjadi ukuran buat dirinya.
Orang mukmin tidak akan melonjak gembira atau berbunga hatinya kala di puji atau mendapat penghargaan, malah akan resah jiwanya takut timbul sifat ujub yang menyebabkan amalannya tertolak dan sia sia..Selalunya orang mukmin tidak suka pada pujian..Pujian baginya umpama debu yang tak memberi erti buat dirinya.
Orang mukmin itu tidak pernah memilih bulu dalam memberi pertolongan, tidak pula menyimpan dendam kala di khianati, senang hati pula apabila membantu sesiapa sahaja walaupun dia pernah di sakiti oleh orang yang dibantu itu.
Orang mukmin akan sentiasa tenang..dan resah hanya bila mengingati dosanya pada Sang Illahi..
Orang mukmin akan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada..kerana Allah sentiasa mencukupkan keperluannya.
Seorang mukmin sejati akan menitislah air matanya apabila terdengarkan perkataan mati..
Seorang mukmin sejati sentiasa menunggu hari kematiannya kerana rindukan Tuhannya..dan begitu sibuk dengan ibadahnya umpama takut mati keesokkan harinya..
Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri..
Labels:
Islam Agamaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment