Hari ni adalah hari ke-5 umat Islam berpuasa. Diharapkan semua berjalan dengan lancar dan semoga Allah memberi rahmat-Nya kepada kita semua. So, bila dah bulan puasa ni banyaklah ragam ragam orang berpuasa ek..dan perkara yang paling banyak ragamnya adalah waktu nak berbuka dan waktu nak bersahur. Yang bekeluarga dengan anak-anak nya, yang single dengan sahabat handai dan 'teman' tersayang kannn??? Betul tak? Masing-masing tiap hari sibuk fikir nak berbuka di mana, nak makan apa? Betulkan? Di laman facebook dan instagram pula makin banyak post2 selfie berkaitan makanan dan suasana berbuka, suasana di masjid dan sebagainya..
So, sebenarnya entry kali ni cumalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa yang baca entri kali ni..Alkisahnya saya terbaca satu artikel di Utusan Malaysia yang membincangkan bab bab selfie nie..Artikel penuh di sini Selfie hukumnya harus.
Secara ringkasnya, berselfie itu hukumnya harus tetapi boleh berubah mengikut keadaan..
Contohnya:
Perkara yang sia-sia
"Apabila 'selfie' sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak 'selfie' maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia,"
Mewujudkan sifat riak dan hasad dengki.
Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, Dr Muhammad Lukman berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi.
"Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
Pada masa sama, beliau berpendapat perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya.
So, bila terbaca artikel nie, tetiba makngah terasa pulak terkena kat batang hidung sendiri..walaupun jauh sekali nak beriak atau nak menunjuk-nunjuk..Mungkin lebih kepada perbuatan yang sia-sia..
Bersempena bulan yang mulia ini eloklah rasanya kita mengambil ikhtibar dan berfikir sebelum berselfie mungkin? Mana tahu yang melihat mungkin ada rasa iri hati atau bersedih hati dengan gambar yang kita muatnaik..
Namun pada pendapat makngah la kan..berselfie nie lebih kepada niat individu itu sendiri. Adakala kita hanya ingin berkongsi rasa bahagia, teruja dan sebagainya..Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk atau apa kan?..
Yalah, tetapi kalau ada perkara2 yang bersangkutan dengan agama nie rasanya eloklah kita berubah sedikit..ikut mana yang baik..
So azam baru makngah sendiri tentang selfie ni adalah;
1. Selfie untuk berdakwah
2. Selfie untuk mengajak kepada kebaikan.
3. Selfie untuk memberi maklumat dan pengetahuan
4. Selfie untuk merakam saat manis
5. Selfie untuk mengeratkan hubungan silaturahim..
Berselfie yang patut dielakkan
1. Berselfie sebab nak tunjuk hal kebendaan
2. Berselfie sebab nak tunjuk hal kecantikan
3. Berselfie sebab nak tunjuk kelemahan orang lain yang boleh memalukan orang lain.
4. Berselfie yang menampakkan aurat atau mengaibkan diri sendiri dan keluarga.
# Perlu diingati note 1 hingga 3 ada perkataan "sebab" maksudnya dengan sengaja nak tunjuk diri cantik, diri kaya beharta dan ingin menjatuhkan maruah.
Contohnya:
Sebelum selfie: Aku rasa aku cantik sangat hari ni..nak selfie lah, biar ramai orang 'like' and puji aku..
Nampak tak niat tu dah terpesong..?HAhhhaaaa..so kepada kalian yang selalu berniat gitu..hentikanlah yer..
Apa pun kalau nak berselfie, hukumnya harus selagi tak bertentangan dengan syarak..WallahualamMUssawab..
OK,
Love ya
p/s: PAs nie nak delete lah gambar yang boleh mewujudkan fitnah..
OK yang kat bawah nie gambar candid ok
YAng ni gambar HAnnah sehari bersama MAMA..
Gambar selepas potong rambut dan tengok wayang...
Muahhhzzz..sayang hannah..Again, adik sya tak dapat ikut sebab diksya kecik lagi tak reti nak tengok wayang..
Peace yoo..
No comments:
Post a Comment