Sunday 26 May 2013

Kelahiran Permata Hati Mama yang Ke-2


Assalamualaikum semua..
Rasa macam dah agak lapuk nak cerita pasal pengalaman bersalin anak kedua nie..dah masuk empat bulan baru giat nak tulis..Hrmm..tapi oklah kan..ada dari tak ada langsung..Sekurang-kurangnya..bila Hasya da besar nanti boleh jugak baca kan...

So nak cerita pasal kelahiran kedua..nak keluarkan Hasya Arianna ke bumi Allah ini..memang agak mencabar juga. Ceritanya begini..

Tarikh jangkaan: 11 Januari 2013.

Wow..tarikhnya di awal tahun tu..tapi bagai dijangka..Hasya tak nak kuar juga pada tarikh itu.. So, as usual, kena berulang alik ke klinik nak check jantung baby bagai kan. 

18 January 2013,
Macam biasa cukup seminggu delay mama kena pergi  terus ke Hospital Sultanah Bahiyah.. Sesampai jer..doktor akan buat proses tertentu lah..check VE, CTG dan sebagainya..Namun laluan masih 0. Maksudnya tiada bukaan..Masa ni yang cek mama adalah dokter pelatih..kira doktor tengah belajar lagi..After that si doc ni cakap Puan, oleh kerana laluan tak buka, mungkin kita akan buat.."induce'? mama menyampuk.."ah aa.." doc tersenyum sambil buat muka blur..Then doc tu tanya pasal kelahiran sebelum tu kanapa c-sar? Then mama cakap la " O..case i oligo and fail IOL" (Induce Of Labor). Doc terkedu lagi.."ooo.." ok.. Tetiba dia tanya, Puan ni staff kesihatan ker? Pastu mama cakap..tak lah..i Admin Exec jer.."OOoooo" then mama tanya, Why uh? Then dia jawab, Jarang patient cakap guna istilah perubatan macam tu...(dalam hati mama: Yerlah aku jenis yang buat research nya orang..banyak kot istilah yang aku tahu..)
Pastu, doc tu pun cakap..so kita proceed dengan induce lah yer? kata doc tu..Dengan sepantas kilat mama jawab, err..doc i dont want to be induced..then the doc said."hahh?! Kenapa yer? Then mama pun ceritalah pengalaman beranak kakak Hannah dulu..kira tak nak pisang berbuah dua kali la..
Lepas tu doc tu pun cakap..Ok if like that i need to ask for my boss advice..Puan tunggu sekejap yer?..
Selepas beberapa ketika datang seorang doc perempuan melayu..gayanya agak tegas..muda..but elder than mama la..consider can call her as sister la..
Dengan tegas, dia tanya why you tak nak induce? Then again i have to tell her the same thing again..Oh ya before that she also cek my VE..still 0..HUahahaaaa..
Then dia macam marah sebab dia igt mama tak nak bersalin normal..coz nak c-sar jgk. Then mama cakap la..saya memang nak bersalin normal,but saya nak sakit bersalin secara semula jadi..tak nak induce..itu jer..bukan nak terus operate. But she insist cakap itu, ini macam mama nak sgt operate..pastu mama nak naik angin lah..apa lagi, mama pun keluarkan lah hujah mama..yerlah..macam2 persiapan yang mama lakukan..especially melengkapkan pengetahuan mama tentang risiko,baik buruk bersalin selepas kelahiran c-sar yang pertama..

Suasana agak tegang sehingga mengundang dokter2 pelatih yang lain memenuhi ruang bilik..hohohooo..
And at last doc tadi mengalah..then dia cakap..OK..saya bincang dengan boss saya..
Sekali bos dia pakar sakit puan negeri Kedah lor..dan yang menariknya..dokter pakar tadi tak pula marah2..Mama di scan and dia bagi tarikh 21 Jan untuk operate..(terfikir..Hannah lahir pada 21 Dec, ni Hasya lak 21 Jan..kebetulan sungguh)..

20 Jan 2013
Manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan..Pada tarikh 20 jan jam 4pg mama mula rasa sakit macam yang mama pernah rasa dulu..So dah tau ni rasa nak bersalin. Mama gerak daddy and pukul 7 pagi mam and daddy gerak ke SB.

Macam biasa mama si seluk lagi..masih tiada bukaan..tapi sakit dah rasa nak pecah kepala..2 jam menahan sakit..bukaan hanya 1cm..masa nih ramai dah dokter yang datang nengok..Apa taknya..tahap kesakitan dah tahap nak terputus urat tapi bukaan hanya 1cm..Akhirnya datang sorang dokter perempuan melayu..seluk lagi...dia cakap bukaan hanya 1cm..then dia cakap meh saya tolong..sekali dia putar putar kat dalam secara auto mama menjerit..sakit wehhhh..gila kau..rupanya dia cuba besarkan laluan...so dari 1cm telah menjadi 3cm..

Pastu datang pakar buat rounding..the pakar bg nasihat..suh pecahkan ketuban and hantar ke labor room..sekali satu batang panjang dimasukkan dan pecahlah ketuban dan keluarlah air ketuban yang kehijauan..rupanya..baby dah berak dalam perut da..

Dokter tadi bagi keterangan..katanya baby dah berak dalam perut..so kita tunggu lagi 4 jam..kalau tak kita kena proceed dengan operation...So mama pun dibawa ke labor room...sakit semakin menggila..ubat tahan sakit hanya buat mama mengantuk dan buat mama bertambah letih untuk tahan sakit..

setiap detik dirasakan terlalu lambat..mama seperti ingin lari dari kesakitan..sakit sangat..umpama urat dicarik-carik..tak tertahan..Dalam pada itu denyutan nadi baby sentiasa dipantau..bukan melalui CTG biasa..tapi wayar dimasukkan melalui laluan itu dan terus ke rahim..arghhh...mengapa jenuh dugaan ini..Oleh karana bimbangkan bayi dalam perut mama relakan apa saja asalkan keadaan bayi mama confirm selamat..
Dalam hati,mulut dah berbuih-buih bertakbir dan berdoa..setiap kali sakit datang  selang 2 minit, setiap kali itu tangan mama mencengkam besi sambil menahan sakit yang superrr sakit..sampaikan urat tangan yang berdrip benjol dan bengkak tak dihiraukan lagi..nasib baik utar tak pecah..huhuuu...

Setelah hampir 4 jam menunggu dalam kesakitan yang amat, doktor datang check lagi...tapi kali ini doktor tidak dapat tunggu lagi..tahap kepekatan cecair ketuban berada dalam keadaan yang membahayakan bayi..Doktor akhirnya membuat keputusan untuk emergency c-sar lagi..

Di bilik Pembedahan:
Sakit menyerang sehingga ke bilik bedah..Sampai dibilik bedah dokter pun perkenalkan diri dan menerangkan prosedur bius yang akan dilakukan..sekali lagi laluan drip diperiksa..Laaa....laluan ni tak boleh guna sebab dah tersumbat..then mama terus tgk tgn mama..ngeri betol..macam ada gumpalan cecair yang membukit pada urat tangan..Oleh itu satu lagi drip perlu di buat..Ok..sakit lagi..tapi tak rasa sakit macam selalu..sbb sakit nak beranak telah mengatasinya..Mama dibius separuh badan..maka dicucuknya tulang belakang..walaupun jarum yang digunakan untuk cucuk tulang belakang adalah besar..tetapi mama tak rasa tusukan itu..yang mama rasa hanya rasa sejuk cecair yang mengalir dalam tulang belakang mama..Dalam hati mama..pandai betol doktor ni inject..tak sakit kot..Adakah? Apa pun..selepas 2 minit terus rasa separuh badan mama kebas dan sakit tadi hilang..

Pembedahan dilakukan secepat mungkin..baby perlu diselamatkan sebelum dia termakan najis sendiri yang boleh mengundang pelbagai risiko..Setelah berhempas pulas, maka keluarlah seorang lagi hamba Allah yang putih gebus dari perut mama nie..Doktor menunjukkannya pada mama..Mama tak dapat  igt rupanya cuma yang mama ingat cuma putih berseri..


So.ini lah siputih gebus itu..keluar sihat dan tiada jangkitan..mama dapat pulang setelah tiga hari berada di hospital..tak macam masa melahirkan Hannah dulu..dekat 10 hari dihospital..Hasya keluar dengan berat 3.66kg dan panjang 52cm. Besar dan berat sikit dari Hannah..

Apa pun mama bersyukur kerana telah membuat keputusan yang tepat..Alhamdulillah Allah telah menyelamatkan anak mama dari termakan or tertelan najis..kalau tidak entah apa akan terjadi pada anak mama yang sorang nih..Syukur padaMu Allah..



2 comments: