Wednesday, 20 August 2014

Nak kongsi: Peluang Melanjutkan Pelajaran di ILP.

Assalamualaikum semua,

Baru baru nih i ada menghadirkan diri ke satu taklimat berkenaan dengan kerjasama HR-ILP dengan HR wakil dari industri sekitar Kedah..Haa gituuu..So mama nak kongsi skitla apa yang mungkin ramai di antara kita masih tidak mengetahui akan sasaran negara berhubung dengan jumlah tenaga kerja mahir di Malaysia..Rupa-rupanya Malaysia hanya terdiri dari 28% pekerja mahir sahaja..jauh ketinggalan berbanding negara jiran apatah lagi Jerman yang telah mencapai 80% tenaga mahir..



So macam mana nak meningkatkan jumlah tenaga mahir kat Malaysia? Ha salah satunya dengan menghantar anak anak tuan puan yang tak dak harapan nak jadi doktor, akaunten, jurutera profesional or executive di syarikat luar negara, boleh menyelamatkan masa depan mereka di ILP..But!. JAngan ingat ILP-Institut Latihan Perindustrian ini adalah tempat belajar budak BODOH okeh..Kebanyakkan mereka yang keluar sebenarnya lebih baik dari yang keluar U dalam bidang kejuruteraan..Di ILP mereka di ajar 30% teori dan 70% teknikal atau amali..tempat pembelajaran lengkap dengan peralatan industri yang real ok..REAL..kalau belajar buat botol dari RAW material sampailah jadi end good..Wahh..makngah kagum seyhhh...

Kalau belajar automotif, nahh ambik kau kereta sebijik..kau godamlah sampai pandai..kalah arr studen U yang belajar automotif tu..

ILP jitra merupakan ILP otai kat Malaysia..Banyak menghantar pelajarnya mengikuti pertandingan kemahiran di luar negara..untuk pertandingan industri peringkat dunia..Wowww tau..
So, jangan ingat budak U jer boleh jana pendapatan besar..budak ILP pun boleh..

Yang best about ILP, budak yang malas nak belajar..malas nak sambung baca buku tingkatan empat boleh terus memohon sijil vokasional di ILP tau..Perlu memohon melalui Jabatan Pelajaran Malaysia..rasanya..lah..So after 4 years kalau lulus diorang boleh terus dapat diploma kemahiran dalam bidang yang dipilih..
Terdapat banyak bidang di sini..Antaranya , kejuruteraan elektrik, plastik, kimpalan, automotif, kenderaan berat dan sebagainyalah...

So untuk ibu bapa yang rasa nak  anak yang kurang semangat belajar untuk kembali punya masa depan, hantarkan lah mereka ke ILP..Ada alaun disediakan lagi..wahhhh....kalau makngah nak jerr..belajar siap dapat alaun..












OK..itu jer nak cerita..Apa pun Usaha tangga Kejayaan

dah bagi semua..nak ngan tak nak saja..

Nak berjaya semua atas usaha sendiri..mak bapak boleh tolong maya mampu jer..

So, kalau nak dapat diploma di usia mudah..mohonlah ke ILP...


Thanks,
Love ya..

2 comments:

  1. haii nak tanya.. saya layak utk sijil oil dan gas.. d marang terengganu... saya sedang tunggu stpm.. so mcm mana ni ya? mana lebih baik nak trima atau tak?

    ReplyDelete