Sunday 2 November 2014

Jaga Maruah..Jaga Mulut..Jaga Hati..Pesanan Khas buat Perempuan.

Assalamualaikum semua..

Harap korang semua sihat sejahtera hendaknya.. Gembira dengan rahmat Allah SWT..dan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA..

Hrmm..hari ni nak ngomel skit pasal perempuan..nak pesan kepada perempuan..(termasuklah diriku ini) supaya sentiasa menjaga maruah, menjaga mulut, menjaga hati dari sifat hasad dengki dan mengadu domba.. Kerana zaman sekarang ni.. Allah mudah memperkenankan doa orang yang teraniaya..

Mengapalah saya nak berpesan kepada perempuan jer eh? Oh sebab i bercakap atas pengalaman sendiri..yang terjadi pada diri ini semuanya disebabkan perempuan...Perempuan..oh perempuan..Tahu kah apa akibatnya balasan orang yang suka mengadu domba, menfitnah dan mengumpat?..Mintak simpang mak tau! I bukan nak buka aib sesiapa..tapi jadikanlah ini satu cerita teladan semoga kita dapat menjauhi  dari perkara yang boleh menjatuhkan maruah kita sendiri..

Ok..first kenapa i suruh jaga maruah?
Jaga maruah ni besar tanggungjawabnya apatah lagi kepada mereka yang dah berkahwin..Wajib jaga maruah..Maruah siapa? Maruah diri dan maruah suami..Kepada wanita yang bersuami terutamanya..jagalah maruah suami anda..Jangan sekali kali lalai kerana fitnah manusia sentiasa mencari habuannya..macam mana nak jaga maruah sebagai isteri? Perlukah nak bagi contoh nie...ala...bagi jerlah ek..buat tatapan mereka mereka itu..OK..

1. Jangan nak bermesra sangat dengan suami orang lain..Kesian la dekat suami korang..Nanti orang cakap suami korang macam-macam..kesian dia..
2. Jangan la keluar berdua dengan lelaki lain..Kalau atas urusan kerja hope sangat jaga etika ya..Takut nanti ada orang dengki buat fitnah pula..
3. Jaga mata pandangan seperti yang diajarkan Islam..Haram tau kalau kita dok usha usha lelaki..apatah lagi suami orang..

Ok..cukup kot pasal jaga maruah ni kan..yang lain..pandai-pandailah fikir sendiri..Maruah perempuan ni penting sangat dijaga..Kalau yang dah lepas, biarkan lepas..Bertaubat..Lupakan dan mulakan hidup baru..Jangan sampai bini orang bawak kayu hayun depan muka eh...(OK, garang sangat bunyi nya tue)..hihihihiii...

Second,
Jagalah mulut sayang-sayangku...Ada 12 kumpulan manusia yang akan di hidupkan di padang masyar..dan satu golongan ini kelak adalah manusia yang suka mengumpat dan menfitnah ni akan dibangunkan dengan rupa yang buruk.
Padah dan bahaya mulut ni di dunia Allah bayar cash tahu..Apatah lagi bila seseorang itu telah melakukan fitnah dan doa orang teraniaya itu amat mudah diperkenankan oleh Allah..Sebagai contohnya..saya ni selalu jer jadi bahan umpatan..Ada ja yang tek kena di mata mereka..Tak ada kaitan dengan diorang pun diorang nak bawak cerita jaja ke sana sini..Sampai aku naik stress..Tertanya tanya apa salah aku pada diorang tu kan..So dipendekkan cerita, kini org itu telah dipecat kerana berlaku pecah amanah..Mungkin ini balasan orang yang tidak amanah..Tidak amanah menjaga maruah sendiri..So apatah lagi menjaga maruah orang lain kan?..Harap dia memohon kemaafan dari Allah..kerana aku juga telah memaafkan kesalahan dia..

Third,
Jangan ada sifat hasad dengki..Kalau tak dapat sesuatu yang diinginkan terus nak buat naya kat orang..Buat cerita buruk  berbuku-buku pasal orang yang didengki tu..Siap pengaruh orang lain lagi..Bagi makngah diorang tahap Losser..Tak ada peganggan dan tak ada matlamat hidup yang jelas..Nak beroleh sesuatu dengan menindas orang lain..Tak perlu bawak cerita atau kisah kedengkian anda untuk disalur kepada orang lain..Ingat Rezeki itu dari Allah..SO tak perlu nak jatuhkan orang lain dengan cara anda yang kolot itu eh..

OK..tu ja nak tulis


Footnote: Mama yang emo..

Kepada sesiapa yang 'terperasan' suka dekat hubby saya tu..tolonglah jangan bawak cerita buruk, fitnah bagai eh..Buat la baik pada saya nie, mana tau kita boleh jadi madu..Tapi masalahnya kau tu dah berlaki..So please jagalah laki kau tu bebaik eh...tak payah la nak nyusahkan diri dan nak malukan diri sendiri..jeles tak tentu pasal...OK..Harap maklum..



No comments:

Post a Comment