Tuesday 17 June 2014

Perempuan Scandal versi, SuriaRashid VS NameeRoslan


Assalamualaikum,

Hari ni nak kupas sikit isu perempuan dan skandal..Tajuk ni telah dikupas oleh NameeRoslan, dalam tulisannya di sini.Kenapa ada Scandal. Namun di sini makngah nak mengupas sekali lagi berkenaan mengapa ada scandal di kalangan perempuan..Bukan niat nak menolak kenyataan Namee, tetapi hanya ingin mengupas isu ini melalui perspektif yang berbeza..So tidak ada betul atau salah, siapa cakap betul siapa cakap salah..Sekadar ingin berkongsi isu yang sama. Cumanya, versi SuriaRashid kali ni mengupas dalam perspektif yang sedikit kontra berbanding hasil tulisan Namee..Harap tak ada sesiapa yang sentap, or terasa hati ke apa ek..

Sebenarnya dalam isu Scandal nie tiada siapa yang lebih arif tentang kesahihannya melainka tuan badan itu sendiri. Bukan masalah kita, buka tanggung jawab kita melabelkan seseorang itu punyai scandal..Kadang kala masyarakat hanya memandang dari luaran tanpa usul periksa terus saja melabelkan seseorang itu ada scandal, suka scandal dan sebagainya..

Boleh atau tidak, kita jangan mudah melabelkan seseorang itu dengan pandangan sebegitu dan menuding jari mengatakan "Huh, perempuan tu ramai scandal"..buruk perangai, tiap hari tukar pasangan..
Tidak dinafikan ramai perempuan yang suka scandal seperti yang Namee maksudkan, tetapi tidak semua yang dilihat ramai kawan lelaki itu suka scandal.

So, harap kita tidak terus memandang serong atau membuat tanggapan buruk terhadap wanita yang pada mata kasar suka scandal, tetapi sebenarnya tidak..Tolong bagi keterangan cik Suria..

OK, contohnya:

1. Gadis Rebutan
Pernah atau tidak dikalangan anda menjadi rebutan ramai lelaki? Bermula sejak dibangku sekolah sehinggalah sudah pun mendirikan rumah tangga, ada saja lelaki yang ingin mendekati walau sudah sedia maklum diri anda sudah berpunya atau sudahpun menjadi isteri orang. Gadis rebutan ini tidak semestinya cantik dan menarik pada kejadiannya..Kadang kala aura seseorang itu dapat menarik perhatian lelaki.Contohnya dia seorang yang senang didampingi, peramah, suka menolong, suka memberi pendapat, seorang yang bijak dan sebagainya yang dilihat sungguh teserlah dikalangan ramai wanita lain..Perempuan seperti ini tidak mengejar lelaki malah harus pula berhadapan situasi menolak pelawaan lelaki yang ingin mendekati mereka.

 Mereka menghadapi pelbagai konflik diri tekanan perasaan apabila sacapkali mendapat panggilan dari lelaki..Yang bestnya, entah dari mana dapat no phone pun tak tahu..




Ada juga yang terpaksa dating bila tolakkan pelawaan telah dibuat beribu kali dan akhirnya pasrah atas dasar kasihan..Owhhh...sukar kot berdating begini..


2. Gadis Cantik lembut hati
Atau nama lainnya, perempuan yang cantik, happy go lucky dan terlalu naif..Senang cakap perempuan seperti ini senang menerima sebuah persahabatan dan tidak pula menyedari akan niat serong seorang lelaki. Mereka dilihat sangat mesra dengan sesiapa sahaja kerana dalam hati mereka hanya tertulis perkataan IKHLAS untuk berkawan..
 Jennifer Love Hewit-Suka sangat tengok minah saleh ni..sangat swee dan naif.
My Girl-Korean drama..
gambar kredit:Google

Keceriaan mereka selalu disenangi lelaki dan menawan hati lelaki..Selalunya perempuan Happy go Lucky nie sungguh tak cerewet. Tak kisah makan kat mamak, tengok bola, main futsal, dan sebagainya..

3. Desakan atau mangsa keadaan.

Ada juga perempuan yang menjadi mangsa keadaan..Penglibatan dirinya dengan ramai lelaki dilihat sebagai seorang yang suka scandal..Pada luaran nya nampak macam betul tapi hakikatnya sangat berbeza.
Disebalik scandal terselit cerita sedih suka duka.Cinta 3,4 segi.Alkisahnya macam cerita Autumn In My Heart, Stairway to Heaven dan Memories Of Bali gituu...

 Autumn In myHearts

 Memories Of Bali
 Stairway to Heaven
Di sebalik kemewahan, kasih sayang dan perhubungan terselit kekecewaan, tekanan perasaan, keliru dan kesengsaraan perasaan yang tak dapat diselesaikan oleh wanita itu sendiri..Mungkin ada yang mengandaikan perempuan ini seorang yang keliru dan tamak, tetapi hakikatnya hanya mereka saja yang tahu situasi sebenar..







SO, rasanya cukup kot ngomelan kali nie..Rsa macam nak pi tengok cerita korean..terjebak sangat..Hihihi.
Moral of the story, kita jangan cepat serkap jarang..Jangan cepat labelkan orang..Namun kisah perempuan scandal memang ada..banyak..So jangan jadi perempuan seperti itu..Tetapi jika anda salah satu seorang yang dikategorikan scandal versi SuriaRashid, maka perlulah bijak dan sabar menghadapinya..Tangani situasi dengan sebaiknya..buat pilihan dengan bijak dan jangan memilih jalan mudah..Berterus terang dan sayangi diri lebih dari sayangi orang lain..Harap kome paham lah yerr...Ingat sayangi diri anda..Buatlah pilihan yang bijak supaya anda tidak dilabel sebagai perempuan suka SCANDAL...hihihi...



OK..Love ya














No comments:

Post a Comment