Friday 20 June 2014

Better Late Than Never


Assalamualaikum...

Pernah tak ada ketikanya anda rasa seperti ingin melakukan sesuatu tetapi rasa macam dah terlambat untuk berbuat demikian..Contohnya, diusia 30 tahun, baru terasa nak ulang peperiksaan SPM, dah umur 40 tahun baru nak start jaga kecantikan..masa tu la nak ulang alik ke SPA buat facial treatment and so on..Ada juga yang sudah beranak lima baru rasa nak sambung belajar kat universiti, buat sijil, diploma, degree, Master degree or even PHD. Ada juga yang terasa insaf baru nak membayar hutang setelah 10 tahun berhutang, ada yang baru nak mengungkapkan rahsia hati kepada seseorang pada hari nikahnya dan pelbagai situasi lagi yang mengundang persoalan perlu tau tidak? Releven ke tidak dan sebagainyalah..

Antara situasi yang selalu terjadi dikalangan masyarakat kita adalah:

Situasi 1:
Anda merupakan seorang pegawai tinggi di sektor kerajaan mahupun swasta, mempunyai anak 3, berusia 40an dan bercita-cita menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Adakah masih releven untuk anda berbuat demikian?. Jawapannya masih belum terlambat dan masih sangat releven. Masih releven kerana anda mampu. Iaitu mampu membiayai kos pelajaran, mampu menghabiskan jangka masa pengajian yang secara puratanya mengambil masa 2-5 tahun sahaja..Melainkan jika anda merancang melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah masa yaang diperlukan secara purata 4-10 tahun..Itupun anda masih mampu.

Namun mungkin ada individu yang sempit fikiran atau ternyata hanya cemburu melihat kejayaan orang lain mereka ini lebih suka mewujudkan persoalan klise seperti

                 1. "Mengapa nak bersusah payah nak sambung pelajaran? Kan you dah bergaji tinggi?
                 2.  "Perempuan buat apa nak belajar tinggi sangat, nanti semua ke dapur jugak, jaga anak, jaga                            suami"
                 3. "Hrmm..asyik mengejar ilmu dunia..ilmu akhirat tak mau kejar ker?"

dan pelbagai lagi persoalan klise yang pada makngah buang karan untuk dilayan..makngah tak ingin menjawab semua persoalan di atas kerana pada makngah, segala sesuatu yang kita lakukan telah kita simpan satu perkara.."Sesungguhnya aku lakukan ini kerana Allah" So perlukah lagi yang lain..Kita hidup bukan untuk mendapat pujian manusia, kita hidup untuk mendapatkan REdha Alllah..Lillahitaala..So, jika anda berniat untuk menyambung pelajaran..I would say Go On Girl! Do the best as u can..


Situasi 2:
Ada masa dan ketikanya kita merasakan sungguh banyak dosa yang kita lakukan selama kehidupan kita didunia. Kita bukan saja mencuri, merompak, merogol malah kita juga pernah membunuh. Wah serius semua dosa yang kita lakukan. OK, serius nie..tu memang kes serius..OK lah makngah bagi situasi yang bayak dan nampak macam biasa..Ok..jika anda seorang yang tak pernah sembahyang sejak kecil, tak pernah belajar sembahyang pun, tak pernah puasa pun, tak pernah bayar zakat, sedekah , suka ngumpat, suka menfitnah dan anda merasakan dosa anda terlalu berat dan anda sedang berada di usia 50an.. Mungkin anda merasakan terlalu lambat bagi anda untuk bertaubat sehingga anda merasa tertekan dan tidak tahu apa perlu diperbuat..Maka saya nasihatkan, teruskan taubat anda..Tiada yang terlambat selagi nyawa masih dikandung badan, selagi dunia belum kiamat anda masih belum terlambat untuk bertaubat..Bertaubatlah, sesungguhnya Allah menerima taubat nasuha seorang hamba yang berdosa. Jika tidak tahu sembahyang, pergilah cari tok guru belajar sembahyang, mulalah berpuasa dan cukupkan semua rukun islam. Semoga kita semua diampuni dosa oleh Allah S.W.T..

Untuk situasi sebegini makngah suka mengingatkan lima perkara nie sebelum datang lima perkara:

1. Sihat sebelum sakit
2. Kaya sebelum miskin
3. Muda sebelum tua
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati


Situasi 3

Anda  ingin memohon maaf dan melunaskan hutang. Tidak kiralah kesalahan itu telah berlaku sekian lama. Walau orang itu telah memaafkan kita atau telah menghalalkan hutang kita. Kita perluteruskan niat itu walau pun insan  itu telahpun tiada (meninggal).
Kita rasa seperti telah terlambat untuk kita menebus dosa itu, namun tiada alasan untuk kita tidak meneruskan niat itu. Jika kita berhutang dan orang yang kita berhutang itu telah tiada, maka lunaskan lah hutang kepada keluarganya, warisnya seperti anak atau isterinya dan mohonlah keampunan kepada Allah. Semoga Allah memaafkan kita dan mohon maaf kepada keluarganya juga..Semoga kita selamat dari siksaan api neraka. Ingat, hutang adalah perkara mustahak yang perlu dilakukan biarpun lambat dilakukan..


Sebenarnya terdapat banyak lagi situasi yang kalau nak dikup[as di sini memang tak habis la kan...
Makngah sempat remind tiga tu ja buat korang semua..Ingat ehh, tiada yang terlambat jika kesedaran itu ikhlas..JIka kita ikhlas tiada apa yang terlambat..Cumanya jika kita ingin melakukan sesuatu kebaikan janganlah dilengah-lengahkan. Tetapi jika kita sudah tersasar dan baru saja tersedar, maka tidak terlambat untuk berubah..Selagi punya waktu segeralah kebaikan, kerana kita tidak tahu bila masa kita akan pergi..

Demi masa manusia berada dalam kerugian.

OK, Love yaa..


=
Saya boleh kenapa anda tidak?


Master Degree in memory.

No comments:

Post a Comment