Monday 16 September 2013

Kuasa Kesungguhan..

Kredit Pic from KOSMO

LUCKNOW - Seorang budak perempuan memecahkan benteng norma pendidikan di India apabila dia memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana pada usia 13 tahun.
Budak perempuan berkenaan, Sushma Verma mengambil jurusan mikrobiologi.
Sushma berkata, dia menamatkan pengajian sekolah menengah pada usia tujuh tahun dan memperoleh ijazah sarjana muda ketika berumur 13 tahun.
"Kejayaan tersebut adalah hasil titik peluh dan pengorbanan ibu bapa saya," katanya.
Ibu bapa Sushma tidak berpelajaran tinggi. Mereka tinggal bersama tiga adik Suhsma di sebuah bilik kecil di ibu negeri Uttar Pradesh di sini.
Bapa kanak-kanak pintar itu, Tej Bahadur Verma, 50, bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan 200 rupee (RM10) sehari.
Lelaki tersebut menjual tanah miliknya seluas 930 meter persegi untuk membayar yuran pengajian Sushma. Baki pembiayaan pengajian tersebut diperoleh daripada derma orang ramai. 

"Jika ada yang berkata, kita tak ada duit nak sambung belajar, kita silap..
"Jika ada yang berkata, buat apa nak belajar tinggi-tinggi umur dah tua, dia silap...
"Jika ada yang berkata, saya masih muda, nanti bila dah ready saya sambung la...dia silap...

Sebenarnya apa saja yang kita kehendaki kita boleh dapat..Hanya usaha sahaja yang akan memberi gambaran di atas sesuatu kejayaan. Usaha lebih..dapat lebih, Usaha kurang..maka kuranglah hasilnya..
Tiada alasan untuk kita tidak berjaya..
Sesiapapun boleh berjaya..
Ingat Allah akan membuka jalan kepada hambanya yang kuat berusaha..
Berdoa dan berusahalah..kerana Allah S.W.T sentiasa mendengar dan maha mengetahui..

No comments:

Post a Comment