Thursday 5 December 2013

Konvokesyen Master: Sidang Pertama Konvokesyen UUM ke 26- Part 1

Assalamualaikum semua..

Haishh..berakhir sudah hari yang dinanti nantikan oleh mama..Hari terbalasnya segala penat jerih mama sebagai seorang pelajar..Walau pun pencapaian master bukan lah pengukur sebenar ketinggian ilmu pengetahuan namun, pencapaian ini haruslah dirai..semoga ianya dapat memberi semangat kepada para pembaca blog mama dan kepada mama sendiri untuk terus memajukan diri..meningkatkan ilmu pengetahuan di masa akan datang..Sesungguhnya perasaan hari ini cukup berbaloi..sangat bermakna dan sangat mengharukan mama..

Alhamdulillah, setelah 4 tahun berhempas pulas bersengkang mata, berputus urat , berkerah keringat akhirnya Allah telah menganugerahkan mama perasaan syukur ini..Perasaan gembira yang ingin mama kongsi buat anak cucu cicit..semoga mereka memilih haluan yang sama iaitu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan sentiasa memperbaiki diri untuk jadi insan yang dicintai Allah.

So, let's see these pictures together!

Persediaan bermula sejak malam sebelum..Tahulah kan mama sangat excited..so semuanya mama sediakan dari malam..jubah, baju ,kasut dan segala keperluan termasuk kad jemputan..Penting tau nanti tak dapat masuk dewan pulak..hehheee



 Oleh kerana majlis adalah sidang pertama dan bakal dihadiri YM Tuanku, maka semua graduan perlu hadir ke dewan tepat jam 7 pagi..

Bayangkan pukul berapa mama harus bertolak? Yes! Right after subuh mama dah keluar rumah memulakan perjalanan ke UUM..

Kesesakan lalu lintas bermula di pekan changloon lagi..di awal subuh dini hari..

 Wajah yang penuh debaran..

Ya, mama berseorangan ke UUM..sebab tak sanggup rasanya nak suruh maktok dan tokayah ke dewan terlalu awal..dan lagi..mereka merasakan lebih afdal untuk menjaga hannah dan hasya sepanjang ketiadaan mama..Mereka tidak mahu mama risau dan mahu mama berseronok tanpa bersusah hati mengingatkan anak2 dirumah..Terima kasih..mak ayah..Daddy pula sengaja mama tidak wajibkan masuk..sebab mama tau daddy akan boring..Bila cakap sidang Pertama makanya hadirin yang hadir tidak dibenarkan meninggalkan dwan sehingga Tuanku beredar..So..conclusion nya tiada siapa yang menyaksikan mama menerima scrol Master..Tetapi cukup bagi mama dan mama bersyukur kerana kebahagian yang mama rasa tiada bezanya..Sama ada parents melihat atau tidak itu bukan ukuran kasih sayang mereka.


 Berbaris ke dewan MAS



Dewan yang sangat prestij




Permandangan dari luar dewan MAS..
Berdebar sungguh time nih...


Gambar dari luar dewan MAS sebelum melangkah masuk dewan. Nampak tak cahaya dari dalam dewan tu?? Spotlight every where..
Kami diiringi muzik gamelan dari Kumpulan Muzik  dari Jabatan Kokurikulum UUM..
Sangat dramatik..!


Pandangan dari tempat duduk mama..


And..after speech by speech..then...


NAH..ini dia Ijazah Sarjana Sains (Sains Pemutusan) dalam genggaman!
Gambar ni sejurus kembali ke tempat duduk setelah menerima scrol dari YM Tuanku..

To be continue---

No comments:

Post a Comment