Tuesday 30 April 2013

Luahan Hati Menjelang PRU13


Tinggal hanya beberapa hari saja lagi Malaysia akan mengadakan Hari Mengundi yang jatuh pada 5 Mei 2013. Hari memilih tampok pemerintahan negara. Pada tahun ini persaigan antara parti politik pro atau anti kerajaan dilihat bersaing sengit untuk merebut tahta kerajaan pusat di Putrajaya. Okey..cukup, mama bukan nak mengulas mengenai parti-parti bertanding, tetapi mama lebih kepada nak meluahkan perasaan mama diketika ini..Ketika rakyat jelata sedang berpusu-pusu memacakkan bendera, propaganda,melaungkan manifesto dan janji manis masing-masing, mama sendirian mengenangkan nasib generasi akan datang..

Mungkin apa yang mama bakal tulis ini akan menjadi sejarah dan tatapan anak-anak mama suatu masa nanti, namun sedarlah wahai anak ku..sejarah mungkin berulang..

Wahai anak, ketika mama menulis ini, diketika ini kita telah pun 55 tahun merdeka. Merdeka dari cengkaman penjajah selama lebih 300 tahun..Bermula dari kedatangan Portugis, Belanda, Jepun dan British..Kita juga pernah diancam komunis dan kehidupan kita amatlah daif dan sengsara..(Pesanan belajar sejarah bagi dapat A)..
Namum dengan usaha anak Melayu dan perpaduan semua kaum, kita berjaya melaungkan Slogan Kemerdekaan.."MERDEKA", MERDEKA, MERDEKA!! Berbekalkan kerajan demokrasi berpanglimen kita berjaya mengekalkan kemakmuran dan membina negara sehingga menjadi sebuah negara membangun, aman damai dan bahagia. 


 Saat Y.A.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(Bapa Kemerdekaan)

 Peralihan kuasa di Tanah Melayu.
Melaya merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.


Setelah mencapai kemerdekaan, kita mula membangunkan negara tercinta..Sedikit demi sedikit ekonomi dibangunkan. Perpaduan dieratkan..Walau pun negara pernah diancam darurat kejadian 13 May, namun dengan jasa anak melayu juga perpaduan dapat dibentuk semula. Dan kini Malaysia berkembang pesat dan dikenali di mata dunia.

Ahh..mama dilahirkan pada era pemerintahan Yang Behormat Tun Dr. Mahathir Bin Muhamad. Di ketika ini, negara diketuai oleh Yang Behormat Najib Abd Razak.."Ya..Yang berada ditangga ke-2 itu juga adalah bapa kepada Yang Behormat Najib..

                                                   
Dah kalau semuanya aman damai makmur, ekonomi pesat, apa yang mama risaukan? 

Mama risaukan INI: Perpecahan Kaum, Perpecahan antara orang Melayu Islam.

Diketika ini Melayu dilihat terbahagi kepada tiga parti besar (harus diingat, mama bukan penganalisa politik, semua berdasarkan apa yang mama nampak). Tiga parti itu adalah UMNO (komponen BN), PAS dan PKR (komponen parti pembangkang). Masing-masing dengan ideologi masing-masing..Segala propaganda,  kata kata cacian ada dimerata tempat. Musuh memusuhi antara satu sama lain..Tiada lain yang ingin dikecapi melainkan kuasa dan darjat semata-mata.

Islam diperguna, orang Islam diperbodoh, Melayu menghina sesama Melayu..Apakah ini semua..?? Di manakah kita berada sekarang? Adakah kita sudah tidak bisa hidup dalam keamanan? Bak kata bapa mertuaku, "Mungkin rakyat kini sudah jemu dengan keamanan"..


Apa yang mama rasa adalah, manusia kini dahagakan kekayaan, darjat dan kedudukan.. Masing-masing bertelingkah mencari kesilapan masing-masing di samping bersembunyi di balik kesilapan sendiri. Mana pergi ketulusan, mana pergi pengorbanan sejati, mana pergi identiti Melayu sejati..(Mama bukan Rasis) mama bercakap tentang bangsa mama..Asal usul mama..tanah melayu ini tanah tumpah darah mama..Melayu punya identiti..Tapi kini...di mana melayu..Kelihatan kian mundur..ekonomi dikuasai bangsa lain di tanah sendiri..Kini berpecah pula..Kita semakin lemah..semakin leka dengan keangkuhan dan kesombongan melaungkan ideologi dengan tidak menghiraukan akibat dikemudian hari..

Tidak mustahil, suatu hari nanti Melayu akan dipijak atau terpijak diri sendiri dek kerana melalut, fanatik tak tentu pasal..sedangkan bangsa lain mentertawakan kita di tanah air sendiri.. Atau mungkin kita akan dijajah semula..dan ketika  itu, menyesal pun tidak berguna lagi..

Mama bukanlah ahli politik berpengaruh, bukan juga sesiapa. Tetapi mama mengaku mama adalah anak Malaysia yang sayangkan Islam, Sayangkan Negara , Sayangkan keamanan dan sayangkan JENAMA MELAYU..Mama adalah anak melayu yang sanggup memegang senjata bertempur di medan perang..walaupun mama tak pernah masuk hutan, suka makeup berhias yang cantik-cantik..belajar ambil Master Sains Pemutusan..ada anak dua, badan kecik..tapi hati mama sangat besar..Mama sayangkan Malaysia.

Bangunlah wahai melayu bersatu..bersatu demi agamamu..demi maruah mu dan yang penting demi generasimu..









 Biarlah wajah ceria ini kekal abadi sehingga kiamat..




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Janganlah sudah terhantuk baru nak tersedar...dah jadi macam ni..nak buat apa dah..

tak sanggup...


tak sanggup..


tak sanggup!!!!





Apa salahnya jika kita bersatu??



OK..dah..tak nak cakap lagi..5hb mama pi ngundi..kita tengok siapa menang..Semoga Allah memberi petunjuk. Hidup Islam! Hidup Melayu! Hidup Malaysiaku!

No comments:

Post a Comment