Monday 29 April 2013

Hannah Owh Hannah..

Pagi tadi usai solat subuh,Hannah macam biasa akan datang sendiri cium tangan mama dan mama akan cium Hannah. Mama pun smulalah mengemas barang kelengkapan Hannah and Hasya..Sambil-sambil, mama bersiap untuk ke tempat kerja.. Sambil bersiap mama mengawasi gerak geri Hannah..Kenapa? (Hannah suka buat perkara yang berrrrbahaya kepada adiknya ie: cucuk mata adik dengan jari, tekan perut adik, cubit pipi adik dengan kuat, pukul kepala adik dan sebagainya).

Tapi entah bagaimana, kerang seminit lalai dalam pengawasan, mama tergamam apabila hanya mampu melihat Hannah menghentam mainan ke atas muka Hasya.. Hasya yang terkejut dan kesakitan menangis terdiam sehingga mengalir air mata..Kesian Hasya, bengkak tulang kening Hasya..Disebabkan mama terkejut dan marah, mama telah memukul Hannah..Hannah menangis..

Tangisan kedua-duanya didengari daddy..Daddy turun cemas dan bertanya apa yang telah berlaku..(Mcm skema habis ayat mama kan..)..Sekali lagi daddy naik angin..daddy sangat marah dan kecewa dengan Hannah...lalu..terlepas juga satu pukulan di kaki Hannah..Hannah nangis lagi...Hasya pun masih menangis..sakit sangat rasanya..Hasya tak pernah nangis panjang..selalunya setelah didukung dia akan terus diam..

Selepas menyapu ubat di dahi Hasya, mama sapu ubat pada betis Hannah..ada bekas disitu..Tapi mulut mama masih lagi mengeluarkan ucapan kecewa dengan perbuatan Hannah.Nasib baik mainan tu singgah di kening dan dahi, kalau singgah di biji mata..mahu buta agaknya..Hrmm salah mama juga..mama tak letak Hasya di dalam baby cot..

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, mama merasakan segalanya serba salah..Adakah mama dan daddy terlalu manjakan Hannah sampai Hannah terasa tergugat dengan kehadiran Hasya..? Atau Hannah tidak faham atas sebab kamu masih kecil? Mama sedih..dan risau..tak tahu cara bagaimana nak fahamkan kamu sayang..Hasya masih kecil..dia perlukan perhatian..Tapi mama dan daddy tak pernah kurangkan perhatian terhadapmu Hannah..Mama dan daddy selalu cakap..Mama dan daddy sayang Hannah..apa saja permintaanmu akan kami adakan.. Hati mama menangis..biar luarannya mama marah terhadapmu, tapi hati mama sakit kerana menyakitimu..

Hasya, mama minta maaf juga kerana lalai melindungimu..mama akan lebih berhati-hati lepas ni..Semoga tiada apa terjadi pada mata kamu sayang..Buat Hannah..mama perlu memikirkan cara yang lebih baik untuk mendidik kamu..Kamu adalah permata mama..Hasya juga permata mama..kedua2 mama sayang sampai hujung nyawa mama.

No comments:

Post a Comment