Wednesday 8 May 2013

& perkara Si Pisces suka apabila suaminya....

Ni petua suami isteri terutama sekali untuk suami yang isterinya berbintang Pisces..Kepada sesiapa yang belum berkahwin mungkin boleh jadi panduan sebelum melangkah ke alam perkahwinan..Kalau tak semua, skit tu adala...

Ada beberapa tingkah laku suami yang disukai oleh isteri dan amat sesuai dilakukan untuk mengeratkan hubungan nsuami isteri.


1. Pisces suka dihargai.
Oleh kerana sifat Pisces yang manja, penghargaan sudah tentu menambat hatinya..Tidak kira la sama ada     penghargaan itu berbentuk kata pujian atau material. Oleh yang demikian, sekiranya isteri anda ada melakukan sebarang pengorbanan atau pertolongan terhadap suami, maka wajib si suami mengucapkan terima kasih atau menghadiahkan dia sekuntum bunga kesukaan yang sudah cukup buat si dia tersenyum puas.

2. Kepercayaan.
Pisces suka menjadi orang pertama mendengar rahsia suami..Dia akan terasa atau tersinggung jika rahsia suaminya diketahui orang lain mendahului dirinya. Dia juga mahu menjadi orang pertama mendengar masalah suami dari orang lain mendapat tahu masalah suaminya..Oleh itu para suami..pastikan anda menjadiikan isteri anda orang pertama sebagai tempat mengadu..

3. Mendengar pendapat dan nasihatnya.
Secara amnya, Pisces suka mendengar masalah dan memberi pandangan terhadap permasalahan tersebut..Oleh itu dengarlah pendapatnya sama ada anda mahu ikut atau tidak itu boleh diputuskan mengikut kesesuaian.Yang penting dengar kata kata nya dengan kusyuk..

4. Ingatan tarikh istimewa
Kaum Pisces sangat romantik. Mereka tidak pernah lupa malah akan sentiasa bersedia menyambut tarikh dan hari istimewa dengan membuat perancangan awal dua minggu sebelum dan menunggu hari itu dengan penuh keterujaan..Mereka juga sanggup menghadiahkan barangan mahal dan jika tiada ongkos..cukup saja dengan membeli kek dan sekeping kad ucapan.

5. Kejutan
Mereka suka membuat kejutan dan memberi kejutan terhadap orang yang disayangi.Bukan saja suami, malah buat anak-anak, ibu bapa dan juga adik beradik yang lain..Oleh itu buat sang suami semua..selalulah adakan kejutan..pasti si dia akan tersenyum lebar..mata bulat..hidung kembang..huhahhhahahaaa...


6. Suami soleh
Soleh bukan dari segi ibadat jer..dari segi keperibadian..lemah lembut dan semestinya bukan PANAS BARAN!!

7. Bunga! *__*
Semua perempuan suka bunga..tetapi si Pisces nie sangat over giler terhadap bunga..sebut apa saja bunga pasti tidak ditolaknya..tapi buka bunga yang dikutip tepi jalan yer..bunga yang dibungkus dan dihias rapi dan cantik..Ini bertepatan dengan ciri Pisces yang sinonim dengan perkara cantik sebab Pisces selalunya cantiks! Ahaks!

Sebenarnya ada banyak lagi..tapi cukuplah kot..nanti kita sambung Part 2 pula..

No comments:

Post a Comment