Monday, 23 June 2014

Terima Kasih Ibu, Kaulah Insan Paling Hebat!

Salam teristimewa buat ibuku,

Di kala ini aku sedang berehat tersenyum di katil empuk di bilik berhawa dingin dan dibelai penuh manja oleh insan yang tiada pertalian darah denganku.Mereka ini sangat baik terhadapku. Aku diberi makan setiap hari, di bersihkan dan dilawati selalu. Menitis air mataku wahai ibu..Masih aku terkenangkan diriku ketika dulu..Kau membiarkan aku keseorangan di bilik usang. Siang malam aku merintih kehadiranmu..Aku takut, aku sepi aku kedinginan..aku terseksa tanpa belaianmu. Ku tunggu mu menjenguk ku setiap saat..merenung pintu bilik kan terkuak dengan kehadiranmu..Ibu, aku merindumu, ketahuilah ibu walau aku cacat, tidak dapat berkata manis, namun jauh disudut hatiku ingin aku katakan aku cinta padamu ibu..Mengapa ibu..?Mengapa engkau meninggalkan aku? Adakah  kerana aku hodoh ? tidak sempurna? kerana aku tidak cantik seperti kanak-kanak lain? Ibu, aku tidak pinta dilahirkan begini..

Ibu, setiap saat aku berfikir, keliru dengan kejadian diri ini..Adakah aku dilahirkan sebagai binatang? Dikurung dan dibiarkan bergelumang bersama najisku?..Oh ibu, cuba kau jelaskan kepadaku..mengapakah semua ini harusku lalui? Aku terseksa wahai ibu..Aku tidak berdaya, aku tidak mampu menjaga diriku..Adakah dengan ini engkau menjauhiku? Membenciku? Demi Allah wahai ibu, aku tidak berniat menyusahkanmu..

Di katil ini, aku menikmati hidangan lazat dari mereka..Syukur, syukur yang tidak terhingga kepada Allah dengan kurniaan rezeki ini..Rezeki yang mengisi kekosongan perutku, melegakan keperitanku, menghilangkan dahagaku, merawat urat sarafku..Namun ibu, adakah kau pecaya wahai ibu? Makanan ini belum mampu menghilangkan keperitan yang telah ku alami..Aku inginkan belaian mu wahai ibuku..Itulah nikmat yang kutunggu darimu..

Wahai ibu, dikala ini juga aku merasakan syurga itu tidak mungkin aku kecapi ..Bukankah syurga itu ditelapak kaki ibu? Tetapi engkau pergi berlalu tanpa sedikit pun simpati terhadapku..

Apakah dosaku ibu? Katakanlah..Aku berjanji tidak akan mengulanginya..

Dengarkan lah wahai ibu, sesungguhnya engkau insan terhebat..Hebat sehingga mampu melihat kesengsaraanku, hebat kerana tabah memekakkan telingamu dari mendengar tangisanku, raungku, rintihanku yang mengharapkan belas ihsanmu. Sesungguhnya kau ibu terhebat kerana sanggup melihatku hidup merana dan terhina..melarat kedahagaan, kelaparan, kesunyian, kehodohan..!

Inikah yang kau maksudkan dengan sayang?
Inikah yang kau maksudkan dengan kepentinganku?


Inikah harga yang perlu ku bayar untuk kasihmu wahai ibu..
Terima kasih ibu..kerana kau cukup hebat memperlakukan aku sebegini..
Kaulah Insan Paling Hebat..


Yang Benar,
Anakmu.








No comments:

Post a Comment