Tuesday 22 July 2014

Mengkaji Kelemahan Diri- Sifat Terpuji Seorang Muslim.

Assalamualaikum,

Masih lagi diberi nyawa dan kudrat untuk terus menulis di sini..Dan syukur masih dapat merasai nikmat Ramadhan..Semakin dekat Shawal, terasa semakin pilu..terasa baru saja menempuh bulan mulia penuh rahmat ini..kini Shawal bakal menjengah..Sayang rasanya ingin meninggalkan Ramadhan..Sudahlah pengisian Ramadhan terasa seperti masih ada jurangnya..Apa pun syukur kepada Allah..Semoga ramai diantara kita dan mama sendiri dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, lebih ketaqwaan kepada Allah.

Okey, sebenarnya dalam mengimbangi kehidupan dunia dengan kehidupan hakiki, kita sebagai insan yang lemah selalu saja terbabas atau leka..Dalam keadaan tidak sedar kita lebih mengutamakan kehidupan dunia dan mengabaikan kehidupan hakiki..Kehidupan hakiki tu maksudnya kehidupan di akhirat la..kehidupan yang kekal abadi..sebab tu mama sebut hakiki..

Sesungguhnya secara biologinya mama tentu saja akan melewati hari kematian lebih dahulu dari anak-anak mama..So diharapkan entri ni menjadi sumber nasihat mama yang berterusan buat permata hati mama..
Sesungguhnya wahai anak, tiada apa yang dapat memberi manfaat kepada seseorang yang telah 'pergi'melainkan amal ibadahnya, sedekahnya, ilmunya dan doa anak-anak yang soleh..Diharapkan anak mama nanti menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mama di sana..

Ok..back to our topik..mengkaji kelemahan diri sifat terpuji seorang muslim. Okeh, ni cuma pada pandangan mama yang cetek ilmu agama. Jika ada salah dan silap harapkan menegur saya..Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang kurang adalah dari saya sendiri.Mengkaji kelemahan diri di sini adalah muhasabah diri..melihat dan menilai semula perkara yang telah kita lakukan..Menginsafi kesalahan dan berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik. Tidak dinafikan kita sebagai insan lemah selalu saja melakukan kesilapan antara sengaja dan tidak..Kita lebih tahu siapa diri kita berbanding orang lain mengenali kita. Kita sahaja tahu kita berbohong, ikhlas atau tidak sesuatu perkara yang kita lakukan..Kita juga menyembunyi dosa dari ibu bapa, dari orang lain sedangkan kita lupa Allah telah melihat segala perbuatan kita..Maka dianjurkan supaya setiap dari kita memuhasabah diri dan memohon kemaafan dari manusia dan bertaubat kepada Allah.
Namun adakalanya kita terlepas pandang kesilapan yang dilakukan secara tidak disengajakan..Maka bermuhasabah diri ni dapat menjadikan kita seorang yang lebih peka menjaga dosa pahala diri sendiri..

Bagaimana nak buat?
Selalunya selepas selesai solat adalah baiknya jika listkan semula..putarkan semula perkara yang berlaku diantara waktu solat itu..dan carilah kekurangan diantara waktu itu. Contohnya antara subuh dan zohor, usai solat zohor maka renung sejenak, dari pagi tadi adakah aku:

1. Melalaikan solat?
2 .Menipu dalam pekerjaan,
3. Mencuri
4. Mengumpat?
5. Menfitnah?(Nauzubillah)-mintak dijauhkan sifat ini..
6. Menyusahkan orang dengan sengaja
7. Memalukan orang
8. Riak?
9. Bangga diri
10. ternampakkan aurat..

dan segala kesalahan kecil atau besar yang secara tak disengajakan..Dan seandainya telah kita selidiki diri kita, maka dengan jelas kesalahan itu telah kita lakukan maka teruslah terus menunaikan solat taubat..So, kita tak lah melengahkan perbuatan taubat itu bukan? Dan seandainya kita melakukan kesalahan kepada manusia maka segeralah memohon maaf..

Dan begitulah seterusnya seharian yang kita lalui..
Manusia ini selalu alpa dan lupa..Bolehkah manusia mengingati dosa yang dilakukan sepanjang hidup..Even setahun pun boleh lost memory tau..so macam mana kita nak kutip semula kesalahan lalu..takkan tunggu raya ja nak mintak maaf secara lamsam semua..tak ikhlas namanya tu..Dan seandainya maut menjemput sebelum raya macam mana pulak..???

Hrmm..sesungguhnya ketahuilah beruntunglah mereka yang bertaubat dan bertaqwa kerana Allah sangat menyayangi HambaNya yang bertaubat dan memohon keampunan dariNya..

Kalaupun tak sempat bertaubat diantara waktu solat, maka usai solat isyak maka boleh juga kita muhasabah diri diketika itu..Sehari sekali pun dah cukup..Namun begitu, aci potong jarilah, ada saja diantara kita dah lupa aktivitinya sepanjang hari itu."Ehh..apa aku buat hari ni eh?"hihhhiii...sayalah tu..hrmmmm..
So anak mama semua, ingatlah sayang..selalulah bermuhasabah diri kalian..semoga kalian menjadi insan terpuji lagi dikasihi Allah dan Rasulnya..

Sekian..

Love ya..


 Oh mama..Hannah nak baju Princess Sofea..nak mama..nak..nak.....
Nasib baik ada baju ni..kalau tak jenuh la mama nak keluar beli gaun Sofea nih..
Adoila anak..hihihihiiii...

















No comments:

Post a Comment