Sahih International
Indeed, Allah does not do injustice, [even] as much as an atom's weight; while if there is a good deed, He multiplies it and gives from Himself a great reward.
Malay
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
Assalamualaikum semua,
Petikan ayat di atas adalah dari Surah An-Nisa' ayat ke 40.
Suka mama nak berkongsi sedikit pesanan dan peringatan buat ingatan mama, anak-anak mama, keturunan mama dan seluruh umat Islam tentang sikap dan pemahaman kita dalam membuat kebaikan.
Percaya tak ramai dikalangan kita yang suka mengambil kira pendapat masyarakat apabila ingin melakukan sesuatu perkara walau pun perkara itu tidak menyentuh sebarang isu yang berkaitan dengan mereka.
Contohnya,dikala ingin memberi sedekah.
Alkisahnya pada suatu hari kita telah masak sejenis kuih yang pada kita sudah sedap..So dengan hati yang ikhlas mahu memberi sedikit sedekah kepada jiran sebelah..Semasa on da way nak pack kan kuih tersebut datang seorang rakan baik merasa dan memberi komen negetive..Dan dengan tidak sengaja berkata" Tak perlulah bagi dekat orang kuih tu..tak sedap sangatlah..nanti apa orang kata..Tak sedap baru nak bagi"..(*____*) Hah..dan..dan.. kita pun terbantut nak buat sedekah jariah pada petang itu..
Sebenarnya banyak dikalangan kita dengan tidak sengaja lebih terpengaruh dengan pandangan masyarakat sedangkan kita lupa bahawa Allah SWT tidak pernah membuat penganiayaan terhadap setiap zarah kebaikan yang kita ingin lakukan. Walau kita cuma mengutip secebis serpihan kaca dari laluan dengan niat untuk menjaga keselamatan yang lain. Walau apalah sangat mengalihkan cebisan kaca yang tak sampai 10gram tu kan..mungkin tak mendatangkan bahaya pun..tetapi InsyaAllah dengan niat yang ada, maka Allah taala memberikan ganjaran pahala yang besar kepada kita.
Hidup di dunia ini janganlah terlalu mengikut aturan Manusia yang terlalu terhad..Ikutilah aturan Allah taala..semoga kita semua selamat dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
Wallahualam..
Semoga anak mama berebut-rebut membuat kebaikan. Biarlah kebaikan itu kecil pada pandangan manusia..Tetapi ingat bahawa Allah lebih arif membuat penilaian..bukannya manusia.
Love ya..
TQ to Achu Elly..These baju kurung are soo cute..We love it!!
No comments:
Post a Comment