Sunday, 13 July 2014

Jihad Seorang Wanita


Salam Ramadhan.

Ramadhan 2014 telah merakamkan seribu lagi kisah sedih buat kita seluruh umat Islam..Saban hari ada saja cerita kematian, kesengsaraan saudara kita di Gaza. Kian hari kian menyiksa jiwa dan raga..Berbekalkan iman yang sedikit, kita hanya mampu berdoa dan menghulurkan bantuan kebendaan..Sedangkan hakikatnya, segala kebendaan itu tidak ada maknya bagi mereka..Mereka perlukan pembelaan,mereka perlukan ketenteraan, mereka perlukan Jihad orang Islam yang rata seluruh dunia hanya mampu melihat dan berdiam diri. Di manakah umat Muhammad yang ramai itu? Dimanakah kekuatan iman kita?Wahai umat Islam, bangunlah..bangunlah!

Adakah iman tertinggi cuma ada di Palestin? Mereka berjuang mempertahankan negara dan Islam..tanpa senjata canggih, tanpa ubat-ubatan yang mencukupi, tanpa makanan dan minuman..Namun perjuangan mereka masih tetap utuh walaupun mereka sedikit, walau mereka miskin, walau mereka senantiasa ditindas..Saban hari ada saja mujahid yang terkorban..syahid kerana mempertahankan agama Allah..

    











 Lihat lah dunia..lihatlah wajah wajah syurga ini..Adakah kita mampu menjadi seperti mereka? Adakah kita akan melakukan perkara yang sama jika satu hari kita ditindas? Tanya pada diri kita adakah kita mampu memupuk iman seperti mereka? Penindasan, kemusnahan dan kesengsaraan hanyalah lakonan dunia yang sementara..Antara ujian dan anugerah Allah kepada umatNya..Allah ingin melihat sejauh mana keimanan hambaNya terhadap Islam agamaNya..

Betullah kata Rasulullah S.A.W..bahawa akan sampai satu masa, umatnya umpama buih-buih di lautan..banyak tetapi lemahdan tidak mampu berbuat apa-apa..Mereka itulah yang terdiri daripada golongan yang cintakan dunia dan takutkan kematian..

Jihad Seorang Wanita.

Ok..cukup dulu makngah bermonolog dalam diri..Sebelum tu jika ditanya adakah makngah mahu pergi berjihad di medan perang?..Makngah akan menjawab: Ya dengan syarat makngah telah pun melakukan Jihad yang utama.. Apakah jihad yang lebih utama? Jihad yang lebih utama untuk kaum Hawa adalah metaati suami dan membenarkan haknya. Menjaga keluarga dan membentuk keluarga berorientasikan Islam! itulah yang lebih utama..

Boleh baca artikel penuh mengenainya di sini.

Untuk yang segan malu-malu kucing mari makngah copy sikit-sikit apa yang ditulis..Diantaranya,

    Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?”

    Bersabda Rasulullah SAW:
    "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

    Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: “Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?”

    Baginda menjawab: “Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya.”
Antara lainnya,

    Bagaimanakah pendirian kita?
    Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:

    “Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.” (At-Taubah : 71)

    “Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”
    (Al-Ahzab : 36)

    Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

    Firman Allah:
    “Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya.” (An-Nazi’at : 40-41)

    “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (At-Taubah : 16)

    Sudut-sudut jihad wanita

    1.     Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.
    2.     Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.
    3.     Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara’ dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
    4.     Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
    5.     Memerangi perkara-perkara bid’ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.
    6.     Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.
    Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan.

    Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama.Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.

Maka wanita bangkitlah!

Secara keseluruhannya, Allah lebih mengetahui segala yang ditentukan oleh Nya. Allah menyuruh kaum wanita menjadi pendidik kepada anak dan tulang belakang kepada para suami, kerana di sinilah bermulanya segala kekuatan umat. Jika anak-anak diasuh dengan sempurna, maka lahirlah masyarakat sempurna..Lihatlah institusi kekeluargaan kita sekarang..Semakin meruncing dengan segala masalah sosial yang menghiasi ruang ruang akhbar..Kebanyakkannya berpunca dari masalah rumah tangga.

So, untuk para wanita yang ingin berjihad inilah Jihad yang paling utama..

Buat makngah sendiri..insyaAllah makngah akan cuba sedaya upaya berjihad untuk mendapat Redha Illahi dengan cara mendapat Redha dari suami dulu...OK..ni serius okeh..harap makngah dapat menjadi Isteri yang solehah..


Sepintas Cerita Hasya.

Sedia maklum anak mama yang no 2 tu aka Hasya tabiatnya setiap petang adalah meminta susu dan minta disusukan..Setiap hari mama perlu susukan Hasya dan ada kalanya setiap kali masuk waktu azan Magrib Hasya akan dimarahi mama. Ya, selalu begitulah nasib anak aku yang sorang nih..Kerana apa? Kerana mama perlu menunaikan solat Magrib terlebih dahulu..Maka setiap kali Magrib, Hasya akan merengek dan setiap kali itu mama terpaksa buat buta dan pekak dengan tangisan Hasya untuk menunaikan solat terlebih dahulu..

Dan alkisahnya, semalam pada time yang sama seperti biasa mama menyusukan Hasya..Sedang menyusukan, secara tiba-tiba, Hasya berhenti dan memandang muka mama dan bertanya dengan bahasa German.nya..(564bfkfdg783m27 %%^$#*&^%#@$   bar..) yang jelas cuma perkataan 'bar' di belakangnya..dengan tangan kecilnya mengangkat takbir..Seolah bertanya :"Mama tak Allahuakhbar ka hari nie? Sambil menudingkan jari ke tempat dimana selalu mama menunaikan solat..Dengan lembut mama membalas, mama tidak boleh sembahyang hari ini sayang..Dia merenung mataku sambil cuba memahami maksud disebalik penjelasanku..Allahhuakhbar...




Love ya..
























No comments:

Post a Comment