Assalamualaikum,
Rehatkan diri dan minda dengan menikmati pemandangan indah di bawah. Wowwww..kan..wish can visit these places. Tidak dapat dibayangkan betapa indah dan cantiknya ciptaan Allah SWT. Lebih indah lah seandainya diri ini dapat berbaring sambil menikmati secawan teh strawbery dan biskut kering atau sambil menikmati kek SR kat sini kan???.Hahahahhahhhh..mesti sangat haven lah!
Salah satu janji Allah kepada ahli syurga adalah disediakan bagi mereka taman-taman indah yang tidak pernah terfikir oleh manusia dan tidak pula yang pernah terlihat oleh manusia..Kecantikan yang melalaikan dan mendamaikan..Mereka iaitu ahli syurga akan memenuhi masa mereka sambil berteleku di bawah rimbunan pohon yang redup sambil menikmati buah-buah enak dan dikelilingi bidadari-bidadari yang taat menemani..
So, dapat tak kita membayangkan bagaimana suasana di syurga nanti? Sedangkan taman dunia ini pun sudah buat kita lalai..apatah lagi taman syurga Allah nanti..MasyaAllah...
Maka, untuk yang kagum dan berkeinginan memasuki taman syurga, jomlah kita bersama-sama memperbanyakkan amal soleh..meninggalkan yang mungkar..Lagi-lagi dibulan yang mulia ni kan..? Supaya dengan izinNya kita boleh berteleku bersama sambil makan anggur di bawah pohon rimbun sambil dikelilingi bidadari yang cantik jelita lagi menawan..
Sesungguhnya Allah itu adalah benar, syurga itu adalah benar, neraka itu adalah benar, dan janji Allah itu adalah benar, balasan Allah itu adalah benar..dan siksaan Allah jua benar..
Love u all,
Mama.
No comments:
Post a Comment