Dia Perindu Ummat paling tegar,
Dia Pencinta Ummat paling dalam,
Dia Pemberi Shafaat terbesar Ummat Akhir Zaman..
Dia insan Mulia
Dia insan Teragung
Dia insan Contoh
Dia juga insan Pilihan yang Maha Esa..
Sungguh aku merinduimu wahai Muhammad,
Indahnya pekertimu
Indahnya akhlakmu..
seandainya engkau masih ada, akan aku tawarkan diriku menjadi hamba suruhanmu.
Agar aku dekat denganmu, agar aku dapat melihatmu, agar aku dapat berjuang bersamamu..
Ya Muhammad,
Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah kerana telah menjadikan aku sebahagian daripada umatmu.
Akan aku amalkan Sunnah mu,
Akan aku renungi ajaranmu,
Akan aku ikuti pesananmu..
Semoga kita berjumpa kelak..dan sesungguhnya aku bermohon kepada Allah, agar aku berpeluang mendapat syafaat darimu..
Semoga engkau memdapat tempat kenikmatan tertinggi di sisi TuhamMu..Tempat yang selayaknya..
Salam Maulidur Rasul..
Ya Muhammad.
No comments:
Post a Comment