Wednesday 11 June 2014

Tip Bahagia Rumahtangga: Jangan Suka Berleter..

Assalamualaikum,..





Wahhhh...what a title right?..Teheee...Yes, i will discuss about this topic today. Well, bila kita dengar perkataan berleter tak sah kalau tak keluar perkataan PEREMPUAN kat dala kepala otak kita ni kan..betul tak? Jarang sangat jumpa lelaki yang suka berleter macam mak nenek....See.."macam mak nenek" nampak sangat keperempuanan kat situ..orang tak kata macam pak datuk ke apa kan?..Ok..harap selepas saya tulis entri ni tak ada la pulak yang datang serang saya..ngutuk saya tak sedar diri ke hapa ek..Saya pun wanita juga..Ok sayang-sayangsss...? Actually, BERLETER atau in English well call it as Nagging (Nag) which mean talk about unimportant things continuously..Bercakap tak berhenti atau kadang-kadang mengulangi perkara yang sama walhal ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Selalunya berleter ni bermula apabila seseorang itu letih atau marah...


So, back to our topic, untuk petua rumahtangga, kalau nak Suami suka , sayang, rajin duduk rumah maka jauhilah perkara Berleter ni..Ya Puan-puan..Macam mana nak bendung diri dari berleter?

Pertama:

Jangan selalu mengeluh dan belajar cara menenangkan diri. Bila diri kita tenang, kita akan berfikir dengan lebih waras dan rasional. Macam mana nak tenangkan diri bila tengah marah? Haaa..macam-macam lah..ada yang baca doa untuk sabar, ada yang berselawat..ada yang istifar, ada yang makan coklat..ada dengar musik..asal nak geram ja..telan coklat, nak marah ja mandi...basahkan muka dan sebagainya..Kena belajar cara bertenang nie....Tetapi, petua  yang selalu saya amalkan adalah..stop atau alih..Misalnya saya sedang mencuci pinggan mangkuk dan tiba-tiba suami datang lambak saja pinggan dan gelas kotor. Bila rasa macam nak marah.je...terus saya beralih ke tempat lain..buat benda lain yang boleh alih perhatian emosi kita..faham tak?..Sebab Syaitan ni suka menghasut..benda sikit boleh jadi besar..Apatah lagi bila penat bekerja..malam kena masak dan bersihkan dapur..kalau main lungguk ja..surelah naik gak angin makngah kan?.But we have to be rasional..kalau kita rasa macam emosi atau badan kita letih sangat, janganlah dipaksa diri untuk terus melakukan sesuatu yang memenatkan..sebab apabila badan letih fikiran kita juga akan letih..tambah pula syaiton nirojimm dok berbisik-bisik..Rasa ringan ja mulut nak berleter bukan?..So belajarlah cara menenangkan diri ketika ingin marah..




Kedua:

Bercakap perlu ada tujuan atau berfikir sebelum bercakap (Bercakap perlu ada point). Haaa maksudnya, macam kes kat atas tadi..kita nak tegur or nak marah? kalau nak marah sebab apa? Kalau nak tegur sebab apa? Kalau macam kes di atas, semestinya badan yang letih akan respon gini: " Ish abang nie, pakai lungguk ja kan?..Tak nampak ker saya letih buat kerja nie..bukan nak tolong..lungguk ja tau"..n..blabalbalbalbalblaaa.....dan seterusnya..Kalau kita menegur atas dasar emosi yang rasional maka responnya gini: "Amboi abang..best kan letak-letak jer.....(sambil senyum-senyum sumbang)" Cer tolong ayang skit, ayang letih la hari nie.." 

Nampak tak kat situ, kita bukan saja boleh luahkan rasa marah tapi boleh bagi suami tahu yang kita letih dan perlukan bantuan dia. Kadang-kadang perempuan nie rasa macam dialah ironwomen/superwomen tak mahu suami tolong walaupun dia letih , nakkkkkk jugak buat kerja..so bila dah letih ditambah dengan marah maka emosi yang tak stabil tu dikeluarkan dengan cara berleter untuk memuaskan hati..dengan harapan boleh rasa puas dan lega..Malangnya hanya mengeruhkan lagi keadaan. Kalau suami jenis yang tak ada perasaan macam mana? Hahahhhhh..kalau anda mendapat suami yang sebegitu, lebih baik senyap jaaaa..sebab kalau anda berleter pun..dia tetap tiada perasaan..kan...betul tak? Buang karan saja orang kata..hihhhiiiii...




Ketiga:

Jangan suka amalkan..nanti jadi habit. Ada sesetengah orang bukan jenis cakap banyak..tapi once dia berleter mengalahkan ahli debat. Ada orang berleter bila anak-anak buat masalah, suami buat masalah atau orang lain buat masalah..Tetapi jika selalu sangat berleter, kadang-kadang perkara kecil juga boleh membuatkan seseorang itu berleter atas dasar kebiasaan..Kadang-kadang rasa macam ada saja hujah-hujah yang tersirat dicelah otak yang kalau boleh dizahirkan di atas buku karangan, boleh jadi enambelas helai muka surat..Masalahnya cuma, anak tidak menyidai tuala yang telah digunakan di ampaian...

Sikit-sikit lama lama jadi bukit..Practice make perfect..So, dalam hal ni..jangan mula suka berleter..once you dah start, maka nanti jadi kebiasaan. Bila dah biasa, asal tak kena di mata saja berleter, asal marah  saja , berleter, asal penat saja berleter, asal boring ja berleter..Asyik berleter jaa....siapa pun boring..OK? mak-mak, makcik, puan-puan sekalian? boleh tak lepas ni kurangkan berleter?

Tahu kah Puan-puan sekalian yang berleter boleh menyebabkan kita cepat nyanyuk?
Sebab itu, dalam Islam ada menyebut kurangkan bercakap perkara yang sia-sia..kerana ia boleh melemahkan minda.

Cakap perkara yang berhikmah saja..Lebih pendek, lebih padat adalah lebih bagus..Lebih manja, lebih perlahan adalah lebih baik..Baru suami sayang..tak bosan duduk rumah..

Ok, anyway, saya memang tak suka berleter..Saya cakap yang perlu saja..Bukan nak kata saya bagus sangat..Kadang-kadang ada perempuan yang tak suka bercakap..memilih diam dari berbicara ketika marah atau letih.. So itulah saya.. Untuk para wanita yang sungguh tinggi talent berleter, harap dapat memperbaiki diri untuk kebaikan diri sendiri juga..OK?



Oklah..cukup la setakat ni ja..saya pun dah leter panjang kan..

ahahahahhh..


Assalamualakum..

Love ya..












No comments:

Post a Comment