Monday 21 October 2013

Kisah Pelangi Hannah

 Assalamualaikum semua..
Lama sangat kan tiada cerita anak perempuan mama yang sulung ni.
Bukan tiada cerita..tapi mama sibuk dengan kerja seharian..
Tapi hari ini mama nak cerita tentang al-kisah sepetang bersama hannah.

Suatu petang yang redup..mama dan hannah keluar bersama untuk berjimba(shooping latew)..
Mama tak dapat bawa hasya sebab macam tak sesuai nak bwk memandangkan mama tak cukup tangan nak kawal dua anak sekali gus. So, mama letak hasya di rumah Umi..Kesian hasya..macam tahu saja mama nak gi jejalan ngan kakak hannah..tak palah sayang..nanti sayang dah besar macam kakak hannah, mama bawak yer..
Ok..dijadikan ceritanya..petang itu kami bercadang untuk membeli kad, hadiah dan kek untuk daddy. Untuk apa? Untuk celebrate kejayaan daddy dapat anugerah cemerlang..Congratulation daddy!!
Sambil berpegangan tangan, mama dan hannah pun berjimba dlm satu kedai cenderamata..so hasilnya..terbelilah kad, cincin buat daddy dan barang-barang terbeli seperti sepit rambut (hannah)+ cekak rambut (hannah)+ pen (hannah)+ pansel box mickey mouse(hannah) + tali pinggang mama dan pembalut hadiah..(tengok berapa banyak barang hannah kan...).Haaa...ceritanya..mama berjaya tukarkan fikiran Hannah dari membeli beg galas mickey mouse kepada pen mickey mouse..Apa ka jadahnya nak beli beg galas untuk kengkawan dia sama?..Ingat mama cop duit ke haper kan..?So, mama katala.."Mama tak dak duit la sayang.." kita beli pen cukupla..ada banyak..boleh bagi kawan2..kawan2 kan semua pergi sekolah mesti nak tulis..so better bagi pen..: Akhirnya..dengan muka tak berapa nak percaya dia iakan juga cadangan mama..
OK!
Setelah selesai, kami pun beredar untuk pergi ke kedai kek..Sebelah kedai kek ada kedai baju wanita..Mama pun tersinggah la..almaklumlaa...pompuan..tak tahan ujian kan..
So belek punya belek..mama pun anggkut sepasang skirt dan sepasang jaket jeans yang comel..
So masa nak bayar di kaunter, tak semena mena..hannah pun mengeluarkan kata kata sinisnya.."Mama kata mama tak dak duit..tu ada?"
Erkk..alamak..(MOralnya..jangan tipu)
Setelah selesai semua..kita pun masuk la ke kedai kek..dah selesai beli kek kita pun balik..
 Al kisahnya pelangi..
Semasa on da way ke kedai kek, munculnya pelangi yang mana setiap warnanya sangatlah terang..macam dilukis2 pula..So, mama pun xcited la tunjuk dekat hannah..


 Jelasnya lebih kurang macam gambar ni tau..
Cantik sangat..!!
So hannah dengan muka kagumnya terus bertanya..Mama! boleh tak nak ambik pelangi..boleh tak mama?!
Mama pun jawab..tinggi la sayang..mana boleh ambil..
HAnnah pun menjawab, boleh mama..kena terbang dulu..pastu ambik..shiungg! gitu..bolehkan mama?
HAi sayang..kamu ingat pelangi tu macam lukisan ker..coklat ker..? Hahahhahahhahhhh..
Hannah cakap lagi nak balik pakai baju superman yang acu bagi nak terbang ambik pelangi...
Hai la anak...

What a wonderful feelings..to have a daughter like you..
Geli perut mama dengan kamu..
At last mama bagi tahu..pelangi muncul hanya bila ada cahaya matahari dan hujan renyai saja sayang..
Hannah: Ooooo....

K lah..da lambat..nak balik daa...

Bye..tata titi tutu..

Thanks for reeding this..entri.

No comments:

Post a Comment