Thursday 25 July 2013

Alhamdulillah..Tamat Sudah Master Degree..(VIVA nya cerita)

Assalamualaikum..

Syukur, mama masih diizinkan olehNya untuk menulis disini..blog buat tatapan anak anak mama..
Syukur juga kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, mama akhirnya dapat menghabiskan pengajian Master in Sciences setelah bertahun-tahun lamanya..hiks*__*

So, sekarang mama nak cerita sikit pengalaman VIVA tempoh hari..Manala tahu nanti hannah or hasya belajar sampai master..so boleh la cubit sikit panduan dari mama kann...mana la tahu mama tak sempat melihat kamu semua pada masa itu..(sedih mood)..

Okeh, bila kita bercakap pasal VIVA, means kita sudah hampir ke kemuncak pengajian..disaat ini kita perlu penuhkan dada dengan ilmu , selok belok thesis kita..segala formular, segala istilah yang digunakan..teknik dan sebagainya perlu dikuasai jika tidak mahu GAGAL! or menangis ..huhuhuuuu...

Ada beberapa peringkat keputusan dalam VIVA. Sama ada Lulus with minor correction, Lulus with Major correction , Re-VIVA or GAGAL!

For my case, mama LULUS with Major Correction.. hampehh..but consider ok lah. Mama struggle  to complete Proposal defend,Progress Report and VIVA all in one semester only! Hahhhahahhh and have to struggle for extra courses that i missed before. TAk ka gila tu..Penat yang amat..masa mama banyak dihabiskan dengan menulis..masa tido sangatlah limit..Sesiapa yang tak tahan boleh menangis..(mama pun nangis gak..)But, semuanya berbaloi..sakit sekejat jaa...sekarang boleh bergumbiraa!!!!

Ok, back to our topic. Persediaan 30 minit sebelum VIVA.

1. Tenang kan fikiran dan baca doa banyak2.
2. Focus dan make sure ilmu sudah penuh di dada..
3. Make sure dah makan.
4. Make sure presentable.

Di bilik perbentangan.
1. Sentiasa yakin (walau dalam hati gundah gulana.)
2. Bentanglah dengan yakin tanpa melihat slide.
3. Slide perlu ringkas ,menarik dan padat.
4. Selepas bentang maka bersedia untuk sebarang soalan dan tenang ketika menjawab soalan.

Kebiasaaanya..sebaik manapun perbentangan yang kita buat, mesti akan ada komen..
Komen membina dan komen yang boleh buat sakit hati!
Tetapi tidak mengapa..pastikan diri sentiasa tenang dan jawablah dengan yakin dan percaya apa yang kita buat itu betul..Sebab kadang2 penilai ini saja nak uji kita nak tengok sejauh mana kita mendalami projek tersebut. So, terangkan dengan ikhlas dan beri penjelasan yang terbaik. Elakkan dari emosi marah atau sedih yang boleh mengganggu tumpuan kita.

Selepas bentang, kita akan disuruh keluar sebentar sebelum keputusan dimaklumkan. Kiranya masa untuk bincang2 dan buat desicion la kan..kena la rahsia-rahsia..

My case..masyaAllah..kena buli sangat masa soal jawab..tapi Alhamdulillah..mama jawab yang termampu..dan panel berpuas hati..cuma ada satu soalan teknikal yang mama terlepas pandang..
Panel tanya..in your thesis why is so many "slack and surplus" your case is surplus or slack? please specify it..SO , is this slack or surplus? Oh M GGG.....mama blur..actually my case is "slack"..Then..panel ask, Why slack?..What happen?...hehehheeeee....(biar mama and panel je tahu lahh!)

Apa pun itu satu kesilapan yang tak boleh buat...that is y mama kata kena penuh ilmu..terutama tentang topic yang berkaitan..Tapi my case kira minor..sebab mama boleh jelaskan tapi..guna term fahaman sendiri..tak explain ikut term yang lebih teknikal..(Paham tak??) (Susah nak explain la kat sini..)Tapi panel consider mama faham la apa yang mama buat..

So lepas hampir 20 minit tunggu...pengerusi panggil masuk..
Keputusan pun diberitahu...Ok..suria, congratulation..ur pass with major correction..congrats!
So you have to submit ur final thesis within one week..
Lepastu pakat2 senyum..HAishhhh...alhamdulillah..aku lulus! Lega satu beban di kepala otak nih...

So, ahad ni mama nak hantar thesis yang dah pun siap binding hard cover..
Pasal thesis hard cover ni pun ada cerita dugaan jugak.tapi nanti lah mama cerita..next entry..(Dugaan Master)..

So cukup kot serba sedikit coretan tuk kali nih..mana yang baik tu ambil..buat pedoman..yang tak baik buat pengajaran..

K..see ya..Muaahhhhhxxz! sayang korang!











No comments:

Post a Comment