Friday 14 December 2012

Perkembangan Hannah..

Tak berapa hari saja lagi Hannah akan menerjah ke tahun kedua..Dah nak masuk 2 tahun dah anak mama nih.. SEperti biasa, perkembangan Hannah sangatlah positif dari masa ke semasa.. Sangat membanggakan mama and daddy..

Aksi semalam:
Hannah sedang leka membaca buku kegemaran bersama POOH kesayangan..




Masih lagi membaca...di halaman yang berikutnya agaknya..


Hannah sengaja diganggu oleh daddy..


Namun tidak sesekali mematahkan minat untuk terus membaca dan menghabiskan bacaan buku kegemarannya...


Di usia menjangkau 2 tahun Hannah sudah fasih membilang 1-10 dalam dua bahasa..bahasa melayu dan Inggeris.

Hannah juga dah pandai nyanyi lagu2 dodoian seperti Buai laju-laju, Tepuk Amai-amai..


Bercakap toksah cakap lah..pot pet pot pet setiap masa..

Hannah dah tunjuk ciri-ciri seorang kakak yang penyayang..

Sangat pandai bodek mama..

Kebolehan logik Hannah sangat memuaskan..Misalnya, tahu membezakan kasut yang dipakai terbalik atau tidak..tahu meminta pertolongan apabila tidak berjaya melakukan sesuatu pekerjaan, memasukkan baju yang telah dipakai ke dalam mesin basuh tanpa disuruh, membuang drypers ke dalam tong sampah tanpa disuruh..menyarung pakaian dengan sendirinya..dan macam macam lagi..

Hannah ketahuilah sayang kamu sememangnya anak yang cerdik lagi rajin..mama bangga dengan sayang..

Mama love you so much..


No comments:

Post a Comment