Tuesday, 7 April 2015

Ciri Mukmin Sejati La Tahzan



Orang mukmin bagaimana hebatnya sekalipun, akan hilang rasa hebatnya kerana tenggelam di bawah keangungan Tuhannya (Allah).


Orang mukmin kalau dihina orang akan rasa tenang dan mudah menahan kemarahannya, kerana dia merasakan sememangnya dirinya hina pada pandangan Allah..Kerana pandangan Allah sahaja menjadi ukuran buat dirinya.


Orang mukmin tidak akan melonjak gembira atau berbunga hatinya kala di puji atau mendapat penghargaan, malah akan resah jiwanya takut timbul sifat ujub yang menyebabkan amalannya tertolak dan sia sia..Selalunya orang mukmin tidak suka pada pujian..Pujian baginya umpama debu yang tak memberi erti buat dirinya.


Orang mukmin itu tidak pernah memilih bulu dalam memberi pertolongan, tidak pula menyimpan dendam kala di khianati, senang hati pula apabila membantu sesiapa sahaja walaupun dia pernah di sakiti oleh orang yang dibantu itu.


Orang mukmin akan sentiasa tenang..dan resah hanya bila mengingati dosanya pada Sang Illahi..


Orang mukmin akan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada..kerana Allah sentiasa mencukupkan keperluannya.


Seorang mukmin sejati akan menitislah air matanya apabila terdengarkan perkataan mati..


Seorang mukmin sejati sentiasa menunggu hari kematiannya kerana rindukan Tuhannya..dan begitu sibuk dengan ibadahnya umpama takut mati keesokkan harinya..



Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri..


Wednesday, 4 February 2015

Friday, 2 January 2015

Salam Maulidur Rasul.


Dia Perindu Ummat paling tegar,
Dia Pencinta Ummat paling dalam,
Dia Pemberi Shafaat terbesar Ummat Akhir Zaman..

Dia insan Mulia
Dia insan Teragung
Dia insan Contoh
Dia juga insan Pilihan yang Maha Esa..

Sungguh aku merinduimu wahai Muhammad,
Indahnya pekertimu
Indahnya akhlakmu..
seandainya engkau masih ada, akan aku tawarkan diriku menjadi hamba suruhanmu.
Agar aku dekat denganmu, agar aku dapat melihatmu, agar aku dapat berjuang bersamamu..

Ya Muhammad,
Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah kerana telah menjadikan aku sebahagian daripada umatmu.
Akan aku amalkan Sunnah mu,
Akan aku renungi ajaranmu,
Akan aku ikuti pesananmu..


Semoga kita berjumpa kelak..dan sesungguhnya aku bermohon kepada Allah, agar aku berpeluang mendapat syafaat darimu..

Semoga engkau memdapat tempat kenikmatan tertinggi di sisi TuhamMu..Tempat yang selayaknya..

Salam Maulidur Rasul..
Ya Muhammad.




Sedikit yang disukai Allah SWT

Assalamualaikum.

Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)


Amalan ringan yang boleh dilakukan antaranya adalah

1. Zikir, selawat, takbir dan tahmid

2. Sedekah (sedekah paling murah adalah senyum)

3. Membersihkan surau atau masjid (cukup sekadar buang tahi cicak pun ok)

4. Memberi salam dan menjawab salam

5. Membantu mukmin lain yang berada dalam kesusahan.



InsyaAllah....


Tuesday, 16 December 2014

Date to Remember

Mama and Daddy Anniversary
20. November 2009

Hannah Irdina Birthday
21 December 2010

Hasya Arianna Birthday
20 January 2013

Daddy Birthday
3 February 1983

Mama Birthday
4 March 1983

Nampak tak kita punya celebartion bersambung sambung..From December until March..!
Hehehehee...


Time to plan for Hannah Birthday Party!!

Hannah will turns 4 soon!!




Monday, 15 December 2014

Gambar Perkahwinan Paling Murah!

Assalamualaikum,

Musim kenduri nih ramai la antara kita dok sibuk cari photographer untuk merakam detik indah di hari bahagia kan? Ada yang hired photographer sampai beribu-riban harganya..Ada juga photographer yang murah..yang baru nak merangkak naik, selalu buat freelance, boleh lah dapat murah kan..Tapi adakala bila nak murah, nasib tak baik dapat jurugambar yang langsung tak da skill dan yang paling menyedihkan merosakkan gambar yang telah diambil..kalau tak da backup makanya hancur lah segala impian..Maca akak nilah..tapi akak punya tak lah murah sangat ..average lah..tapi dapat jurugambar amatur sesangat..dan paling sedih detik akad nikah rosak terus..nasib ada jurugambar dari kalangan family..ahhhggggrhhhhh..malas nak igt..geram pun ada..Frust sesangat..

So, akak nak cerita pasal frust ke apa nih? Ok nak kongsi la untuk sesiapa yang tak ada bajet untuk edit gambar perkahwinan cantik-cantik, boleh guna applikasi percuma di internet ja..Akak selalu edit gambar sendiri di www.picmonkey.com dengan www.befunky.com. Cubalah edit gambar kat sini..Kalau korang tak der seni macam akak pun boleh buat..senang sangat..Jom tengok gambar kat bawah nih..


Before


After
                       



                                   Before                                                                       After





Before


After

Hahahahah...ok tak? entah2 gambar sebelum edit lagi santek ..Tak..tak..tak mungkin..gambar yang dah edit lagi cantik kan?

So selamat mencuba semua..

Ni antara contoh lain dari hasil edit jurugambar..Haaaa..kan lebih kurang jerr...


 Gamabr black and white pun boleh buat kat befunky.com



So, canggih tak? sapa yang tak ada bajet, atau sengaja tak mau spend bajet kat gambar..bolehlaa edit sendiri gambar anda!

OK
Love Ya..

Muahh..