Sunday, 14 December 2014

Family Vacation 2014 Cameron Highland

Assalamualaikum semua..
Ok actually cerita nih dah basi dah..but i still keeping those pictures in my desktop..so i dont want to be kept reminding of this pending story.
Anyway, this story was about my family vacation to Cameron Highland..To be specific we wanted to have our bbq there, since my big brother eager to show off his capable of preparing a good grill lamb for past couple of weeks before we had decided to have a picnic at Cameron Highland..

Ok to make the story short, kita pun stay la at one apartment in tanah rata, cost us about RM400 per night..Overall, the apartment does not fulfill our standard and requirement,so i dont wanna give any suggestion here and not even have heart to mention the name as well..But ok lah to stay for about 2 night kan..Boleh laaaaa..dari tak ada..

Ok nak dijadikan cerita..on that morning masa bangun awal nak get ready, tetiba saja rasa macam pening dan panas badan..Ohhh god..I got fever..damn hot fever..Terus rasa down sebab memang rasa badan langsung tak bertenaga nak bertolak ke cameron highland..Tapi oleh kerana everything was prepared and all the stuff such as food, ingredients, groceries , apartment, all booked, then we cannot cancel the vacation just like that...Then the plan should goes as planned. So, bertolak jugalah makngah ke Cameron dengan tahap kesihatan yang sungguh tak memberangsangkan..

Oleh sebab makngah tak sihat, makanya kuranglah gambar2 yang diambil..
Boleh dikatakan selama 3hari 2 malam tu tidor saja banyak dari jalan..
Jalan pun macam tak bertenaga..Kesian sangat my kids..hrmm...but ok laa..we still enjoy our vacation especially our bbq session..the lamb i could say..best! credit to my brother..
The corn up there sooooo sweet..sedappp..sedap..kenyang..makan sampai nak muntah dahh..puas sangat!!

tapi jangan beli bawak balik...langsung tak rasa..
Kita semua terkena..beli bagai nak rakk..akhirnya semua bunag sebab semuanya tawar hebiaq kata orang perlis..


So layan jer lah beberapa keping gambar yang ada nie..

 We had a good time together...
Tengok, walau pun badan rasa nak jatuh tapi control siap boleh buat peace lagi..


Antara yang paling happy tentulah Hannah dan sepupunya lah...

 Dik sya yang tak nak berenggang langsung!
 Alya, Hannah dan Aina
 Us

 Love this!
See, perasan elsa tiga orang nih..


Ok Bye
Muahh

Thursday, 20 November 2014

5 Tahun Bahtera Cinta- Happy Anniversary Sayang

Assalamualaikum,

Kepangkuan Sayang..
Hari ini genap sudah lima tahun usia perkahwinan kita..
Pahit manis hitam putih kelabu piang pun ada...
Pelbagai rintangan dan dugaan kita lalui bersama..
Walau tak selalunya jernih namun satu yang ayang pasti,
Kita saling mencintai..

Setelah lima tahun,
Kini kita sudah punya dua cahaya hati..
Owhh..sorry lah kalau keduanya adalah geng Ayang..
May b next time it will be boy..keep on praying..
Walau pun cuma dua..tapi penangan macam 10 orang budak hitam dah..
HAhahahahahahhh..
Walau pun dua budak tu jenuh nak jaga, tapi merekalah pewaris kita..
Tak sangka kita peroleh kurnia terindah ini..semua macam sekelip mata saja..

So, di hari yang bermakna ni, Ayang seikhlas hati ingin mengucapkan......



 Semoga kita terus cekal menghadapi dugaan dalam perkahwinan..

And what eva happen, dont leave me..OK?!

Nah

 A short poem to you..(Sengeh sambil nampak gigi jongang)
 Ok nanti nak pose camni..


 Camni jugak..harap photographer tak muntah..
Or nak try suh hannah ambil gambar kita dua?..
Yes good idea!!

OK dah..
Love You B...



Thursday, 13 November 2014

Panduan Buat Muslimin..




Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

IKLAN

 Cuma RM35 termasuk pos.

Kain lembut, sejuk, 
Sangat selesa dan sesuai untuk ke mana sahaja..
Nak, boleh whattapp: 0194783243

Syari' Nuha.
Juga available di IG iffah_couture.

TQ.

Tuesday, 4 November 2014

Tudung Labuh Cantik dan Murah


Hijab Syari' Hannah

RM24

RM 20 sahaja!


 Dark Grey
 Green Brownish
 Gold
 Dark Brown
 Lavender
 Soft Orange
Ok..luv ya..

Sunday, 2 November 2014

Jaga Maruah..Jaga Mulut..Jaga Hati..Pesanan Khas buat Perempuan.

Assalamualaikum semua..

Harap korang semua sihat sejahtera hendaknya.. Gembira dengan rahmat Allah SWT..dan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA..

Hrmm..hari ni nak ngomel skit pasal perempuan..nak pesan kepada perempuan..(termasuklah diriku ini) supaya sentiasa menjaga maruah, menjaga mulut, menjaga hati dari sifat hasad dengki dan mengadu domba.. Kerana zaman sekarang ni.. Allah mudah memperkenankan doa orang yang teraniaya..

Mengapalah saya nak berpesan kepada perempuan jer eh? Oh sebab i bercakap atas pengalaman sendiri..yang terjadi pada diri ini semuanya disebabkan perempuan...Perempuan..oh perempuan..Tahu kah apa akibatnya balasan orang yang suka mengadu domba, menfitnah dan mengumpat?..Mintak simpang mak tau! I bukan nak buka aib sesiapa..tapi jadikanlah ini satu cerita teladan semoga kita dapat menjauhi  dari perkara yang boleh menjatuhkan maruah kita sendiri..

Ok..first kenapa i suruh jaga maruah?
Jaga maruah ni besar tanggungjawabnya apatah lagi kepada mereka yang dah berkahwin..Wajib jaga maruah..Maruah siapa? Maruah diri dan maruah suami..Kepada wanita yang bersuami terutamanya..jagalah maruah suami anda..Jangan sekali kali lalai kerana fitnah manusia sentiasa mencari habuannya..macam mana nak jaga maruah sebagai isteri? Perlukah nak bagi contoh nie...ala...bagi jerlah ek..buat tatapan mereka mereka itu..OK..

1. Jangan nak bermesra sangat dengan suami orang lain..Kesian la dekat suami korang..Nanti orang cakap suami korang macam-macam..kesian dia..
2. Jangan la keluar berdua dengan lelaki lain..Kalau atas urusan kerja hope sangat jaga etika ya..Takut nanti ada orang dengki buat fitnah pula..
3. Jaga mata pandangan seperti yang diajarkan Islam..Haram tau kalau kita dok usha usha lelaki..apatah lagi suami orang..

Ok..cukup kot pasal jaga maruah ni kan..yang lain..pandai-pandailah fikir sendiri..Maruah perempuan ni penting sangat dijaga..Kalau yang dah lepas, biarkan lepas..Bertaubat..Lupakan dan mulakan hidup baru..Jangan sampai bini orang bawak kayu hayun depan muka eh...(OK, garang sangat bunyi nya tue)..hihihihiii...

Second,
Jagalah mulut sayang-sayangku...Ada 12 kumpulan manusia yang akan di hidupkan di padang masyar..dan satu golongan ini kelak adalah manusia yang suka mengumpat dan menfitnah ni akan dibangunkan dengan rupa yang buruk.
Padah dan bahaya mulut ni di dunia Allah bayar cash tahu..Apatah lagi bila seseorang itu telah melakukan fitnah dan doa orang teraniaya itu amat mudah diperkenankan oleh Allah..Sebagai contohnya..saya ni selalu jer jadi bahan umpatan..Ada ja yang tek kena di mata mereka..Tak ada kaitan dengan diorang pun diorang nak bawak cerita jaja ke sana sini..Sampai aku naik stress..Tertanya tanya apa salah aku pada diorang tu kan..So dipendekkan cerita, kini org itu telah dipecat kerana berlaku pecah amanah..Mungkin ini balasan orang yang tidak amanah..Tidak amanah menjaga maruah sendiri..So apatah lagi menjaga maruah orang lain kan?..Harap dia memohon kemaafan dari Allah..kerana aku juga telah memaafkan kesalahan dia..

Third,
Jangan ada sifat hasad dengki..Kalau tak dapat sesuatu yang diinginkan terus nak buat naya kat orang..Buat cerita buruk  berbuku-buku pasal orang yang didengki tu..Siap pengaruh orang lain lagi..Bagi makngah diorang tahap Losser..Tak ada peganggan dan tak ada matlamat hidup yang jelas..Nak beroleh sesuatu dengan menindas orang lain..Tak perlu bawak cerita atau kisah kedengkian anda untuk disalur kepada orang lain..Ingat Rezeki itu dari Allah..SO tak perlu nak jatuhkan orang lain dengan cara anda yang kolot itu eh..

OK..tu ja nak tulis


Footnote: Mama yang emo..

Kepada sesiapa yang 'terperasan' suka dekat hubby saya tu..tolonglah jangan bawak cerita buruk, fitnah bagai eh..Buat la baik pada saya nie, mana tau kita boleh jadi madu..Tapi masalahnya kau tu dah berlaki..So please jagalah laki kau tu bebaik eh...tak payah la nak nyusahkan diri dan nak malukan diri sendiri..jeles tak tentu pasal...OK..Harap maklum..



Monday, 20 October 2014

Tudung Labuh @ iffah_couture


Assalamualaikum semua..

Hari ni sekadar nak memperkenalkan tudung keluaran saya..
Kalau berminat boleh kunjungi instagram iffah_couture atau boleh PM saya di sini saja..

Gambar di bawah ni ada menunjukkan saya memakai jubah keluaran iffah_couture..Sebenarnya saya dan iffah_couture bekerjasama untuk keluaran Jubah Madeena. Kepada sesiapa yang nak beli Jubah beserta tudung boleh mendapatkan harga promosi RM178 satu set..dengan tiada charge penghantaran..Berbaloi tak..? Serius cakap jubah ni sangat selesa..sejuk dan tidak jarang..Untuk sesiapa yang nak beli tudung sahaja perlu membuat tempahan dahulu..sebab saya jual bukan semata untuk berniaga..Sekadar berkongsi apa yang saya gunakan sekarang buat saudari yang mencari tudung yang syarii dan dalam masa yang sama mementingkan keselesaan, praktikal, dan yang penting murah dan sesuai di pakai ke mana sahaja..

Perkenalkan tudung labuh bidang 45 Syari' Hannah by SuriaRashid..






 green brown
 Soft pink
 skin
 silver


 dark grey
Sekian..love ya..

Sekadar berkongsi..

Friday, 17 October 2014

Tanda Jiwa Yang Tunduk kepada Allah SWT



Assalamualaikum semua, secebis peringatan dan renungan buat semua muslimin..


Sekiranya kamu bertemu seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan katakanlah kepada dirimu:

 “Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya”.

Sekiranya kamu bertemu seseorang yang lebih muda daripada kamu, maka katakanlah kepada dirimu:

“Dia belum lagi menderhakai Allah, tetapi aku lebih banyak menderhakai Allah. Tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku”

Sekiranya kamu bertemu seseorang yang lebih alim daripada kamu, maka katakanlah kepada dirimu:

“Dia telah diberi Allah apa yang aku tidak dapat, dan dia lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui”

Sekiranya kamu bertemu seseorang yang jahil daripada kamu, maka katakanlah kepada dirimu:


Dia ini menderhakai Allah kerana kejahilannya, sedangkan aku derhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku”

                                                                                            Syeikh Abd Kadir al-Jailani...

Sedutan hasil tulisan DR Afendi


Love Ya.