Showing posts with label HASYA ARIANNA. Show all posts
Showing posts with label HASYA ARIANNA. Show all posts

Sunday, 14 December 2014

Family Vacation 2014 Cameron Highland

Assalamualaikum semua..
Ok actually cerita nih dah basi dah..but i still keeping those pictures in my desktop..so i dont want to be kept reminding of this pending story.
Anyway, this story was about my family vacation to Cameron Highland..To be specific we wanted to have our bbq there, since my big brother eager to show off his capable of preparing a good grill lamb for past couple of weeks before we had decided to have a picnic at Cameron Highland..

Ok to make the story short, kita pun stay la at one apartment in tanah rata, cost us about RM400 per night..Overall, the apartment does not fulfill our standard and requirement,so i dont wanna give any suggestion here and not even have heart to mention the name as well..But ok lah to stay for about 2 night kan..Boleh laaaaa..dari tak ada..

Ok nak dijadikan cerita..on that morning masa bangun awal nak get ready, tetiba saja rasa macam pening dan panas badan..Ohhh god..I got fever..damn hot fever..Terus rasa down sebab memang rasa badan langsung tak bertenaga nak bertolak ke cameron highland..Tapi oleh kerana everything was prepared and all the stuff such as food, ingredients, groceries , apartment, all booked, then we cannot cancel the vacation just like that...Then the plan should goes as planned. So, bertolak jugalah makngah ke Cameron dengan tahap kesihatan yang sungguh tak memberangsangkan..

Oleh sebab makngah tak sihat, makanya kuranglah gambar2 yang diambil..
Boleh dikatakan selama 3hari 2 malam tu tidor saja banyak dari jalan..
Jalan pun macam tak bertenaga..Kesian sangat my kids..hrmm...but ok laa..we still enjoy our vacation especially our bbq session..the lamb i could say..best! credit to my brother..
The corn up there sooooo sweet..sedappp..sedap..kenyang..makan sampai nak muntah dahh..puas sangat!!

tapi jangan beli bawak balik...langsung tak rasa..
Kita semua terkena..beli bagai nak rakk..akhirnya semua bunag sebab semuanya tawar hebiaq kata orang perlis..


So layan jer lah beberapa keping gambar yang ada nie..

 We had a good time together...
Tengok, walau pun badan rasa nak jatuh tapi control siap boleh buat peace lagi..


Antara yang paling happy tentulah Hannah dan sepupunya lah...

 Dik sya yang tak nak berenggang langsung!
 Alya, Hannah dan Aina
 Us

 Love this!
See, perasan elsa tiga orang nih..


Ok Bye
Muahh

Monday, 4 August 2014

Bila dah anak dua, Raya pun Kelauttt jerrr(*__*)


Assalamualaikum semua,
Apa cer korang semua, OK ka KO? Banyak sangat makan ketupat rendang..mesti diet pun ke laut kan? Hrmmm, tak mengapa sebab iolls pun macam tu jugak..tapi iolls bukan ja diet ke laut, Raya pun ke laut jer tahun nie..Apa taknya, malam raya pertama Hasya tetiba demam pulok..Aduhaiii..so, nak melaram pun dah tak dak mood dahh..sedih tol la raya tahun ni..even famili photo pun tak sempat ambil dipagi raya..sedihh sangat..

Entahlah, raya tahun nie rasa tak semeriah tahun-tahun lepas..Mungkin tragedi MH17 dan peperangan di GAZA mengganggu emosi mood raya..bukan apa..kesedihan itu melebihi kegembiraan menyambut raya..ditambah pula dengan demam diksya di pagi raya..so segalanya jadi ala kadar saja..


So pepagi usai solat aidilfitri agenda utama adalah bersalam-salaman dan hulur duit raya!!
Pagi tu Hannah kata..Wahhh cantiknya Maktok..kikiki..sempat lagikan anak mama tu nak jet-jet maktok ehh..

Gambo kat bawah ni daddy yang tolong ambilkan..tah haihhh..awatnya blurr giteww..


Tengoklah anak dara yang paling depan tu..Tu la cik Hannah..Jubah dia tu..dah berapa kali kering, basah, kering basah dah..Seronok sangat dapat main dengan sepupunya tu..sampai berpeluh-peluh..


Tahun nih acik mamat tak dapat bercuti..and pagi tu achu Ifah pulak beraya di rumah mertua..

DI rumah moyang..aka nenekanda ku..Actually nenek tiri..sebelah ayah..Wan dah 2 tahun pergi..rasa kosong sangat..sedih la..walaupun wan dah tak ada, namun rasa seperti dia ada saja..kadang-kadang terlupa yang dia dah tak ada..
Haa masa ni achu dah catch up kitaorang..Gambar kenangan dengan moyang..Moyang masih sihat cuma lutut ja tak kuat..
Selesai beraya di kampung, kami langsung ke rumah mertuaku di lomboh..
Tapi gambar raya kat longboh tiada dalam hand phone mama...nantilah kalau dapat, mama update semula kat entri ni..



Raya Kedua..

Pepagi lagi dah bergerak ke simpang empat rumah BFF dengan tujuan nak makeup tuk majlis pertunangan my BFF..

Ditemani adik ku sorang aka achu Ifah..


Tapi tak sempat nak bergambar bersama sahabat yang lain..sebab mama kena balik cepat dik sya kan demam..Daddy dah keloi mama berkali kali suruh mama balik cepat..tak sempat nak jamah makanan pun..minumpun tak..HUHuhUHuuuu..sedih sangat...






Tengoklah budak kecik sorang nihh...demam lah katakan..no more baju raya..baru bangun tido..merap..renget nak susu...huahahahahaaa...

ni kita on da way nak pi rumah moyang sebelah daddy..aka Tok Lijah..


Cik Hannah dan Tok Ani..

Kan dah cakap, tak da gambar best raya tahun nie...Huhuhhuuuu...

So,

Oklah ..tu ja nak coret kat sini..


Love u..

Thursday, 24 July 2014

Buatlah Kebaikan Walau Nampak Kecil Di Mata Manusia..

4:40

Sahih International
Indeed, Allah does not do injustice, [even] as much as an atom's weight; while if there is a good deed, He multiplies it and gives from Himself a great reward.
Malay
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.


Assalamualaikum semua,
Petikan ayat di atas adalah dari Surah An-Nisa' ayat ke 40.

Suka mama nak berkongsi sedikit pesanan dan peringatan buat ingatan mama, anak-anak mama, keturunan mama dan seluruh umat Islam tentang sikap dan pemahaman kita dalam membuat kebaikan.
Percaya tak ramai dikalangan kita yang suka mengambil kira pendapat masyarakat apabila ingin melakukan sesuatu perkara walau pun perkara itu tidak menyentuh sebarang isu yang berkaitan dengan mereka.
Contohnya,dikala ingin memberi sedekah.
 Alkisahnya pada suatu hari kita telah masak sejenis kuih yang pada kita sudah sedap..So dengan hati yang ikhlas mahu memberi sedikit sedekah kepada jiran sebelah..Semasa on da way nak pack kan kuih tersebut datang seorang rakan baik merasa dan memberi komen negetive..Dan dengan tidak sengaja berkata" Tak perlulah bagi dekat orang kuih tu..tak sedap sangatlah..nanti apa orang kata..Tak sedap baru nak bagi"..(*____*) Hah..dan..dan.. kita pun terbantut nak buat sedekah jariah pada petang itu..

Sebenarnya banyak dikalangan kita dengan tidak sengaja lebih terpengaruh dengan pandangan masyarakat sedangkan kita lupa bahawa Allah SWT tidak pernah membuat penganiayaan terhadap setiap zarah kebaikan yang kita ingin lakukan. Walau kita cuma mengutip secebis serpihan kaca dari laluan dengan niat untuk menjaga keselamatan yang lain. Walau apalah sangat mengalihkan cebisan kaca yang tak sampai 10gram tu kan..mungkin tak mendatangkan bahaya pun..tetapi InsyaAllah dengan niat yang ada, maka Allah taala memberikan ganjaran pahala yang besar kepada kita.
Hidup di dunia ini janganlah terlalu mengikut aturan Manusia yang terlalu terhad..Ikutilah aturan Allah taala..semoga kita semua selamat dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
Wallahualam..

Semoga anak mama berebut-rebut membuat kebaikan. Biarlah kebaikan itu kecil pada pandangan manusia..Tetapi ingat bahawa Allah lebih arif membuat penilaian..bukannya manusia.

Love ya..
TQ to Achu Elly..These baju kurung are soo cute..We love it!!













Tuesday, 22 July 2014

Mengkaji Kelemahan Diri- Sifat Terpuji Seorang Muslim.

Assalamualaikum,

Masih lagi diberi nyawa dan kudrat untuk terus menulis di sini..Dan syukur masih dapat merasai nikmat Ramadhan..Semakin dekat Shawal, terasa semakin pilu..terasa baru saja menempuh bulan mulia penuh rahmat ini..kini Shawal bakal menjengah..Sayang rasanya ingin meninggalkan Ramadhan..Sudahlah pengisian Ramadhan terasa seperti masih ada jurangnya..Apa pun syukur kepada Allah..Semoga ramai diantara kita dan mama sendiri dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, lebih ketaqwaan kepada Allah.

Okey, sebenarnya dalam mengimbangi kehidupan dunia dengan kehidupan hakiki, kita sebagai insan yang lemah selalu saja terbabas atau leka..Dalam keadaan tidak sedar kita lebih mengutamakan kehidupan dunia dan mengabaikan kehidupan hakiki..Kehidupan hakiki tu maksudnya kehidupan di akhirat la..kehidupan yang kekal abadi..sebab tu mama sebut hakiki..

Sesungguhnya secara biologinya mama tentu saja akan melewati hari kematian lebih dahulu dari anak-anak mama..So diharapkan entri ni menjadi sumber nasihat mama yang berterusan buat permata hati mama..
Sesungguhnya wahai anak, tiada apa yang dapat memberi manfaat kepada seseorang yang telah 'pergi'melainkan amal ibadahnya, sedekahnya, ilmunya dan doa anak-anak yang soleh..Diharapkan anak mama nanti menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mama di sana..

Ok..back to our topik..mengkaji kelemahan diri sifat terpuji seorang muslim. Okeh, ni cuma pada pandangan mama yang cetek ilmu agama. Jika ada salah dan silap harapkan menegur saya..Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang kurang adalah dari saya sendiri.Mengkaji kelemahan diri di sini adalah muhasabah diri..melihat dan menilai semula perkara yang telah kita lakukan..Menginsafi kesalahan dan berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik. Tidak dinafikan kita sebagai insan lemah selalu saja melakukan kesilapan antara sengaja dan tidak..Kita lebih tahu siapa diri kita berbanding orang lain mengenali kita. Kita sahaja tahu kita berbohong, ikhlas atau tidak sesuatu perkara yang kita lakukan..Kita juga menyembunyi dosa dari ibu bapa, dari orang lain sedangkan kita lupa Allah telah melihat segala perbuatan kita..Maka dianjurkan supaya setiap dari kita memuhasabah diri dan memohon kemaafan dari manusia dan bertaubat kepada Allah.
Namun adakalanya kita terlepas pandang kesilapan yang dilakukan secara tidak disengajakan..Maka bermuhasabah diri ni dapat menjadikan kita seorang yang lebih peka menjaga dosa pahala diri sendiri..

Bagaimana nak buat?
Selalunya selepas selesai solat adalah baiknya jika listkan semula..putarkan semula perkara yang berlaku diantara waktu solat itu..dan carilah kekurangan diantara waktu itu. Contohnya antara subuh dan zohor, usai solat zohor maka renung sejenak, dari pagi tadi adakah aku:

1. Melalaikan solat?
2 .Menipu dalam pekerjaan,
3. Mencuri
4. Mengumpat?
5. Menfitnah?(Nauzubillah)-mintak dijauhkan sifat ini..
6. Menyusahkan orang dengan sengaja
7. Memalukan orang
8. Riak?
9. Bangga diri
10. ternampakkan aurat..

dan segala kesalahan kecil atau besar yang secara tak disengajakan..Dan seandainya telah kita selidiki diri kita, maka dengan jelas kesalahan itu telah kita lakukan maka teruslah terus menunaikan solat taubat..So, kita tak lah melengahkan perbuatan taubat itu bukan? Dan seandainya kita melakukan kesalahan kepada manusia maka segeralah memohon maaf..

Dan begitulah seterusnya seharian yang kita lalui..
Manusia ini selalu alpa dan lupa..Bolehkah manusia mengingati dosa yang dilakukan sepanjang hidup..Even setahun pun boleh lost memory tau..so macam mana kita nak kutip semula kesalahan lalu..takkan tunggu raya ja nak mintak maaf secara lamsam semua..tak ikhlas namanya tu..Dan seandainya maut menjemput sebelum raya macam mana pulak..???

Hrmm..sesungguhnya ketahuilah beruntunglah mereka yang bertaubat dan bertaqwa kerana Allah sangat menyayangi HambaNya yang bertaubat dan memohon keampunan dariNya..

Kalaupun tak sempat bertaubat diantara waktu solat, maka usai solat isyak maka boleh juga kita muhasabah diri diketika itu..Sehari sekali pun dah cukup..Namun begitu, aci potong jarilah, ada saja diantara kita dah lupa aktivitinya sepanjang hari itu."Ehh..apa aku buat hari ni eh?"hihhhiii...sayalah tu..hrmmmm..
So anak mama semua, ingatlah sayang..selalulah bermuhasabah diri kalian..semoga kalian menjadi insan terpuji lagi dikasihi Allah dan Rasulnya..

Sekian..

Love ya..


 Oh mama..Hannah nak baju Princess Sofea..nak mama..nak..nak.....
Nasib baik ada baju ni..kalau tak jenuh la mama nak keluar beli gaun Sofea nih..
Adoila anak..hihihihiiii...

















Wednesday, 2 April 2014

Suatu Masa Dahulu..




Mama and Pak Long..30 years back..

Now Hasya Arianna..

                                                    



Hannah 90% like her father..
Hasya 90% like her mother..

Tuesday, 4 March 2014

Hasya suka lagu Avril..

Hai..today my mood more to story a little bit about DikSya..Now DikSya already 1 year 2 month like that..She got her first step on her minie pink shoe when she was 1 year old..Over all the growing development is on track even though she kinda a bit slow compared to Hannah who can walk at 11 months old. Well, toddler development is unique by one and another. However, she is strong (rarely got sick/ cure faster / no prolong fever/ so an so..)and energetic even though she is small little toddler.  

At this age the only word she can clearly pronounce is NAK = want, NANAK=don't want..kikikikhhkikh..
And please ya, once she said she want it; it mean, she want it and people you Must give that to me!.Ohhmygoshh..she very fierce little baby. And even she can not talk, she will pointing her little finger  to enforce people to do what she want like a boss..She will cry like OMG..laying down and screaming like someone got abused her or something..Aduhh la anak..dasyat sungguh kau yer..

The latest thing was discover by me was, she like avril lavinge very much. She could stop crying while listening to avril's song. She will claps her hand and sometime will move her body follow the tempo of the song. Even she got bored in a car and starting to cry, avril's song is the key to turn her mood on. Now i know your taste is gonna be like your mom..teheee...SO no wonder why your feature is so much like me..
(Hannah jgn terasa ya sayang..Tiada diskriminasi disini) I know you will get in jealous with the above statement..

What ever it is I love you both sayang..sayang mama..muahhhs!


 dont know why this picture tak mau rotate..

This girl kuat makan..tapi kecik jugak..

Tuesday, 21 January 2014

Hasya Arianna Satu Tahun..

Happy Birthday to You..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Hasya Arianna..
Happy Birthday to you..

Love you SoooooooMuch sayang..






Sunday, 26 May 2013

Kelahiran Permata Hati Mama yang Ke-2


Assalamualaikum semua..
Rasa macam dah agak lapuk nak cerita pasal pengalaman bersalin anak kedua nie..dah masuk empat bulan baru giat nak tulis..Hrmm..tapi oklah kan..ada dari tak ada langsung..Sekurang-kurangnya..bila Hasya da besar nanti boleh jugak baca kan...

So nak cerita pasal kelahiran kedua..nak keluarkan Hasya Arianna ke bumi Allah ini..memang agak mencabar juga. Ceritanya begini..

Tarikh jangkaan: 11 Januari 2013.

Wow..tarikhnya di awal tahun tu..tapi bagai dijangka..Hasya tak nak kuar juga pada tarikh itu.. So, as usual, kena berulang alik ke klinik nak check jantung baby bagai kan. 

18 January 2013,
Macam biasa cukup seminggu delay mama kena pergi  terus ke Hospital Sultanah Bahiyah.. Sesampai jer..doktor akan buat proses tertentu lah..check VE, CTG dan sebagainya..Namun laluan masih 0. Maksudnya tiada bukaan..Masa ni yang cek mama adalah dokter pelatih..kira doktor tengah belajar lagi..After that si doc ni cakap Puan, oleh kerana laluan tak buka, mungkin kita akan buat.."induce'? mama menyampuk.."ah aa.." doc tersenyum sambil buat muka blur..Then doc tu tanya pasal kelahiran sebelum tu kanapa c-sar? Then mama cakap la " O..case i oligo and fail IOL" (Induce Of Labor). Doc terkedu lagi.."ooo.." ok.. Tetiba dia tanya, Puan ni staff kesihatan ker? Pastu mama cakap..tak lah..i Admin Exec jer.."OOoooo" then mama tanya, Why uh? Then dia jawab, Jarang patient cakap guna istilah perubatan macam tu...(dalam hati mama: Yerlah aku jenis yang buat research nya orang..banyak kot istilah yang aku tahu..)
Pastu, doc tu pun cakap..so kita proceed dengan induce lah yer? kata doc tu..Dengan sepantas kilat mama jawab, err..doc i dont want to be induced..then the doc said."hahh?! Kenapa yer? Then mama pun ceritalah pengalaman beranak kakak Hannah dulu..kira tak nak pisang berbuah dua kali la..
Lepas tu doc tu pun cakap..Ok if like that i need to ask for my boss advice..Puan tunggu sekejap yer?..
Selepas beberapa ketika datang seorang doc perempuan melayu..gayanya agak tegas..muda..but elder than mama la..consider can call her as sister la..
Dengan tegas, dia tanya why you tak nak induce? Then again i have to tell her the same thing again..Oh ya before that she also cek my VE..still 0..HUahahaaaa..
Then dia macam marah sebab dia igt mama tak nak bersalin normal..coz nak c-sar jgk. Then mama cakap la..saya memang nak bersalin normal,but saya nak sakit bersalin secara semula jadi..tak nak induce..itu jer..bukan nak terus operate. But she insist cakap itu, ini macam mama nak sgt operate..pastu mama nak naik angin lah..apa lagi, mama pun keluarkan lah hujah mama..yerlah..macam2 persiapan yang mama lakukan..especially melengkapkan pengetahuan mama tentang risiko,baik buruk bersalin selepas kelahiran c-sar yang pertama..

Suasana agak tegang sehingga mengundang dokter2 pelatih yang lain memenuhi ruang bilik..hohohooo..
And at last doc tadi mengalah..then dia cakap..OK..saya bincang dengan boss saya..
Sekali bos dia pakar sakit puan negeri Kedah lor..dan yang menariknya..dokter pakar tadi tak pula marah2..Mama di scan and dia bagi tarikh 21 Jan untuk operate..(terfikir..Hannah lahir pada 21 Dec, ni Hasya lak 21 Jan..kebetulan sungguh)..

20 Jan 2013
Manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan..Pada tarikh 20 jan jam 4pg mama mula rasa sakit macam yang mama pernah rasa dulu..So dah tau ni rasa nak bersalin. Mama gerak daddy and pukul 7 pagi mam and daddy gerak ke SB.

Macam biasa mama si seluk lagi..masih tiada bukaan..tapi sakit dah rasa nak pecah kepala..2 jam menahan sakit..bukaan hanya 1cm..masa nih ramai dah dokter yang datang nengok..Apa taknya..tahap kesakitan dah tahap nak terputus urat tapi bukaan hanya 1cm..Akhirnya datang sorang dokter perempuan melayu..seluk lagi...dia cakap bukaan hanya 1cm..then dia cakap meh saya tolong..sekali dia putar putar kat dalam secara auto mama menjerit..sakit wehhhh..gila kau..rupanya dia cuba besarkan laluan...so dari 1cm telah menjadi 3cm..

Pastu datang pakar buat rounding..the pakar bg nasihat..suh pecahkan ketuban and hantar ke labor room..sekali satu batang panjang dimasukkan dan pecahlah ketuban dan keluarlah air ketuban yang kehijauan..rupanya..baby dah berak dalam perut da..

Dokter tadi bagi keterangan..katanya baby dah berak dalam perut..so kita tunggu lagi 4 jam..kalau tak kita kena proceed dengan operation...So mama pun dibawa ke labor room...sakit semakin menggila..ubat tahan sakit hanya buat mama mengantuk dan buat mama bertambah letih untuk tahan sakit..

setiap detik dirasakan terlalu lambat..mama seperti ingin lari dari kesakitan..sakit sangat..umpama urat dicarik-carik..tak tertahan..Dalam pada itu denyutan nadi baby sentiasa dipantau..bukan melalui CTG biasa..tapi wayar dimasukkan melalui laluan itu dan terus ke rahim..arghhh...mengapa jenuh dugaan ini..Oleh karana bimbangkan bayi dalam perut mama relakan apa saja asalkan keadaan bayi mama confirm selamat..
Dalam hati,mulut dah berbuih-buih bertakbir dan berdoa..setiap kali sakit datang  selang 2 minit, setiap kali itu tangan mama mencengkam besi sambil menahan sakit yang superrr sakit..sampaikan urat tangan yang berdrip benjol dan bengkak tak dihiraukan lagi..nasib baik utar tak pecah..huhuuu...

Setelah hampir 4 jam menunggu dalam kesakitan yang amat, doktor datang check lagi...tapi kali ini doktor tidak dapat tunggu lagi..tahap kepekatan cecair ketuban berada dalam keadaan yang membahayakan bayi..Doktor akhirnya membuat keputusan untuk emergency c-sar lagi..

Di bilik Pembedahan:
Sakit menyerang sehingga ke bilik bedah..Sampai dibilik bedah dokter pun perkenalkan diri dan menerangkan prosedur bius yang akan dilakukan..sekali lagi laluan drip diperiksa..Laaa....laluan ni tak boleh guna sebab dah tersumbat..then mama terus tgk tgn mama..ngeri betol..macam ada gumpalan cecair yang membukit pada urat tangan..Oleh itu satu lagi drip perlu di buat..Ok..sakit lagi..tapi tak rasa sakit macam selalu..sbb sakit nak beranak telah mengatasinya..Mama dibius separuh badan..maka dicucuknya tulang belakang..walaupun jarum yang digunakan untuk cucuk tulang belakang adalah besar..tetapi mama tak rasa tusukan itu..yang mama rasa hanya rasa sejuk cecair yang mengalir dalam tulang belakang mama..Dalam hati mama..pandai betol doktor ni inject..tak sakit kot..Adakah? Apa pun..selepas 2 minit terus rasa separuh badan mama kebas dan sakit tadi hilang..

Pembedahan dilakukan secepat mungkin..baby perlu diselamatkan sebelum dia termakan najis sendiri yang boleh mengundang pelbagai risiko..Setelah berhempas pulas, maka keluarlah seorang lagi hamba Allah yang putih gebus dari perut mama nie..Doktor menunjukkannya pada mama..Mama tak dapat  igt rupanya cuma yang mama ingat cuma putih berseri..


So.ini lah siputih gebus itu..keluar sihat dan tiada jangkitan..mama dapat pulang setelah tiga hari berada di hospital..tak macam masa melahirkan Hannah dulu..dekat 10 hari dihospital..Hasya keluar dengan berat 3.66kg dan panjang 52cm. Besar dan berat sikit dari Hannah..

Apa pun mama bersyukur kerana telah membuat keputusan yang tepat..Alhamdulillah Allah telah menyelamatkan anak mama dari termakan or tertelan najis..kalau tidak entah apa akan terjadi pada anak mama yang sorang nih..Syukur padaMu Allah..



Tuesday, 26 March 2013

My Second Princess



Syukur terhadap Allah yang maha Esa kerana mengurniakan mama bayi comel ini..Hasya kamu lahir sebagai anak kedua mama..Tapi ketahuilah bahawa kasih sayang mama dan daddy tak berbelah bagi dan tiada bezanya antara kamu dan kakakmu Hannah Irdina..

Perkenalkan anak keduaku..Hasya Arianna Bt Mohd Hafizal..
Berat semasa lahir:3.66kg
Tinggi: 52cm
Mirip: 70% mama 30% daddy
heheheeeehe..(*_*)



Hai semua..sayalah anak kedua mama dan daddy..panggil saja saya Hasya yerr...



K..da..

Wednesday, 21 December 2011

I LoVe You..



I like your smile
I like your vibe
I like your style
But that's not why I love you

And I, I like the way
You're such a star
But that's not why I love you

Hey, do you feel, do you feel me?
Do you feel what I feel too?
Do you need, do you need me?
Do you need me?

You're so beautiful
But that's not why I love you
I'm not sure you know
That the reason I love you

Is you being you, just you
Yeah, the reason I love you
Is all that we've been through
And that's why I love you

I like the way you misbehave
When we get wasted
But that's not why I love you

And how you keep your cool
When I am complicated
But that's not why I love you

Hey, do you feel, do you feel me?
Do you feel what I feel too?
Do you need, do you need me?
Do you need me?

You're so beautiful
But that's not why I love you
And I'm not sure you know
That the reason I love you

Is you being you, just you
Yeah, the reason I love you
Is all that we've been through
And that's why I love you

Even though we didn't make it through
I am always here for you, you

You're so beautiful
But that's not why I love you
I'm not sure you know
That the reason I love you

Is you being you, just you
Yeah, the reason I love you
Is all that we've been through
And that's why I love you

That's why I love you
That's why I love you