Pernah tak kadang-kadang ada perasaan geram, benci meluat apabila terpandang wajah pasangan? Semuanya gara-gara reaksi wajah yang tak seperti mana yang kita harapkan..Selalunya reaksi muka yang biasa dan jelas difahami oleh kita adalah reaksi gembira, sedih dan marah..Tetapi untuk pasangan yang tidak berapa mengenali hati budi, perubahan reaksi wajah kadang kala boleh mengundang salah sangka dan menyebabkan pertengkaran..Percaya atau tidak?
Ada manusia yang dilahirkan dan dianugerahkan wajah yang bengis..Walau sedang gembira pun nampak bengis..Ada yang wajahnya sentiasa nampak tersenyum walau pun dia sebenarnya sedang marah..
Pernahkah anda terjumpa manusia seperti itu?..Hhihihihihihiiiiii....
Ada juga jenis manusia yang pada wajahnya terpancar setiap inci perasaannya..Contohnya, kalau dia gembira, wajahnya jelas menunjukkan dia gembira, begitu juga sedih, marah, keliru terkejut dan sebagainya..
Namun ada juga jenis manusia yang pandai meyembunyikan perasaan dan mengelirukan orang sekelilingnya dengan reaksi wajah yang kontra..Contohnya, ketika sedih, dia nampak ceria, bila gembira, dia nampak tenang macam tak der apa-apa..bila marah pula nampak sangat pasif..so, manusia yang beginilah yang sukar untuk kita selami hati dan perasaan yang kadang-kadang mengundang salah faham..
Contoh 1:
Apabila suami belikan bunga dan coklat dihari lahirnya...dia berikan reaksi macam nie..
Pandangan pasangan: "Bini aku tak suka rupanya..sedih la..ingat dia nak happy and appreciate..boleh plak buat muka macam tu..Apa hina sangatkah pemberian aku nih"(kata suaminya di dalam hati) sambil melangkah longlai masuk ke bilik..
Perasaan Sebenar Isteri: Alamak, aku ingat laki aku nih ada pompuan lain, rupanya hari tu aku nampak dia tempah bunga ni sebenarnya untuk aku? Ya Allah..aku dah syak yang bukan-bukan tentang suamiku..Ampun kan aku ya Allah..
Haaaaa...nampak tak? Kan suami dah salah faham dik kerana reaksi isterinya.....
Contoh 2:
Apabila suami cerita "ayang petang kelmarin B nampak sorang girl ni persis macam muka ayang..cara jalan macam ayang...baju pun ala-ala baju ayang...kulit putih macam ayang...ishhh ada jugak pompuan persis ayang kan???
Reaksi muka isteri:
Dalam hati "Alahai suami aku nih semakin rabun ke apa? Aku lah tu..hrmmm..mesti kalut la tu sampai tak perasan isteri sendiri"..hihhiiiiii.. Tapi nasib baik lah dia tak tegur..sebab aku cakap aku keluar dengan mak..tapi aku dating ngan farah..adoiii...
Jawab isteri kepada suami : Oh ya ker...ahaaa...biasalah kat dunia ni kan semua manusia ada 7 muka seiras kita..tu kira salah sorang yang iras ayang la tu..hihhihhihihiiiii...
Nampak tak macam mana suami tertipu dengan riaksi wajah isteri? Nampak?
Ok..wajah kat atas tak da kena mengena dengan kehidupan Makngah hokeyyy..kita bagi contoh jerrr...
So, apa motipnya cerita semua nih? Motipnya..Kalau kita nak hindarkan sebarang salah faham dalam perhubungan, tiap pasangan janganlah menilai pasangan bersandarkan kepada perhubungan di permukaan sahaja..Apa tu? Maksudnya setiap apa yang dibincangkan perlu difahami dan diselami maksud yang cuba disampaikan oleh pasangan..Jangan ikut hati..Nampak suami atau isteri buat muka pelik skit, cakap bini merajuk, bini bebai, suami benci dan sebagainya..Tah ker dia berasa sebaliknya..Jangan mudah tertipu dengan reaksi pada wajah semata-mata.. Sebaiknya soal dan dengar penjelasan dan cuba berada dalam situasi pasangan..Barulah rumah tangga aman bahagia..
Ok tak tip nih?
So, untuk tutorial kali nie cuba teka apakah berasaan yang digambarkan oleh reaksi di bawah..HAahahahahaaa...Selamat mencuba!
Love ya..
gambar 1:
Gambar 2
Gambar 3
...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Jawapan?
Gambar 1:
Muka tak da perasaan
Gambar 2:
Err..geli
Gambar 3:
Ahhh...Boring...
No comments:
Post a Comment