Before i start this entry, let me show you this..
Wahhhh..wowwwww....
mesti ada kaum adam yang terlopong kan?? Lagi-lagi adik-adik lelaki yang memang beragan-angan nak ada sebijik superbike..Sejak zaman sekolah menengah dah verangan nak bawak awek keliling town..Perasan macam hero hindustan bawak heroin yang cun melecun..hihhihihihiii...Kalau budak sekolah ada sebijik nih, mau rasa diri hebat sangat nihhh...perghhhhh...
Ok..back to our topic..Kisah rumahtangga Sebelum dan Selepas ada Superbike..
Hehehheheeee...Actually kisah ni tak dak kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah mati..cuma base on my own experience nak cerita skit laa senario yang mungkin berkait dengan cerita korang buat ingatan bersama..Bukan nak mengata sesiapa, tapi mana yang baik jadikan panduan, mana yang buruk, buang jauh-jauh..ok..
1. Kalau dulu isteri jadi yang no 2 selepas kereta, sekarang dah jadi yang no 3.
Kenapa ek? bukan sebab suami kawen dua tak...tapi suami sekarang kawen pulak dengan motor superbike nya..Maka selepas kereta dan moto baru isteri jadi tumpuan. Buat isteri-isteri yang mengalami nasib seperti ini, pasrah jer lahh..Tu la sebab kita isteri-isteri perlu jaga keterampilan..Supaya nampak cantik dan mengancam sentiasa untuk tetap jadi top 3 perkara kesanyangan suami...hahahahahahhhhh...
2. Kalau dulu suka berkebun, sekarang suka beromba(orang perlis kata)
Kalau dulu ada ja kerja nak buat..Tanah lapang ada saja nak ditanamnya..Mengalahkan isteri rajinnya..Tanam pokok, siram pokok, ubah itu, ubah ini..kira laman rumah dia lah yang paling cun..menghijau..Sekarang, ada masa ja, kawan ajak lepak kedai mamak tayang superbike..sembang moto, makan moto, tidur moto...Jangan sembang bab awek moto sudaaaa...(Kes nih boleh buat modal cerita next entry)..hihihihiiii
3. Yang si isteri pula, sebelum beli superbike: Bila time suami nak keluar rumah, tak pernah kisah sangat, tak sibuk pun nak tanya kemana, pukul berapa balik..Bila dah suami ada superbike, time ni jugak nak menyoal, Nak ke mana, nak balik pukul berapa, nak keluar dengan siapa, buat apa, apa hal, kenapa nak keluar sekarang kejap lagi boleh tak? hahahhahh...gitulah gayanya kan...Tapi yang bestnya pulak, bila isteri tanya banyak tak la pulak nak marah ka apa kan?? Hihihiii...tahu sangat..nak jaga hati isteri supaya suami boleh lepak lama kat mamak tu kan? Kalau dulu isteri tanya skit nak hangin kan..

5. Kalau dulu duduk lepak dengan isteri sembang pasai keja kat opis, kisah kawan karib, kisah mak ayah, kisah makanan tengah hari kat kantin, kisah sakit perut kat dalam meeting bagai..sekarang waktu lepak ngan isteri cerita bab eksiden kawan moto, kisah gadis moto, kisah up grade moto, kisah beli helmet full face sapa paling mahal, kisah corner lap paling best dan segalanya pasal moto..
Sebenarnya banyak lagi al kisah rumah tangga berkait dengan moto nie..ada yang sampai bercerai berai pasal moto ada jugak yang kawen pasal moto..kawen dua tu toksah cakap la kan..hihihiii...harap harap laki makngah tak la sampai kawen dua ehh..
Perkara paling utama bila ada superbike nie tentunya hal keselamatan..Terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga..Tolonglah menunggang dengan selamat..Ingatlah orang yang tersayang..
Ingat sama kepada isteri..Kerana kaum hawa lah yang paling terkilan kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada sang suami. Isteri tak kisah perlu menjaga anak dirumah sendiri, tak kisah ditinggalkan kesunyian, tak kisah menjawab pertanyaan anak "Mama , abah pergi mana?..tetapi isteri sangat kisah tentang keselamatan suami di jalan raya..dengan kelajuan 200km/j macam-macam boleh terjadi..So, para suami tolonglah jangan lupa diri bila menunggang tu..Ingat anda ada isteri sedang menunggu, ada anak yang sedang nenanti..
Oklah..tu ja nak cerita..

Ok..
Love yaa..
MAu tak bini meroyann....
No comments:
Post a Comment