Friday, 9 September 2011

Sayangilah nyawa...

Pagi ni mama amat terkilan membaca satu berita kisah cinta tak kesampaian..Tapi....tapi....huhuhuuhu...nak nangis...Bukan sedih mereka terpisah ke apa ke, tapi sedih kerana mereka memilih jalan yang tak sepatutnya..Apa jalan yang mereka pilih, jom baca skit artikel nih..

NEGARA


Mati dipeluk teman wanita



RUMAH yang menjadi tempat Muhammad Faizal ditemui mati diruang tamu selepas meminum racun serangga manakala Zuzziana pula parah di Taman Bunga Sejati, Rantau semalam.


SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.


Kepada generasi mama sekalian, andainya satu hari nanti korang dah besar janganlah sesekali buat perkara diatas..Sayangilah nyawa pemberian Illahi..Berdosa besar cik oii...

Banyak benda lain selain bunuh diri boleh dilakukan untuk membuktikan kesejatian cinta..

Mama bukan nak mengajar benda tak elok k...tapi kalau mama di tempat mereka, perkara yang mama akan buat adalah:

1. Berbincang dengan bakal mertua
2. Penuhi kehendak org tua.
3. Berbincang dengan Jabatan agama..dapatkan bantuan hitmat nasihat mereka.
4. Bodek bakal mertua tahap 1st class!
5. Kalau halangan tak berasas, maka tindakan berani yang boleh dibuat;
                         a. Kawin lari   (owwhhhh....memang tak bagus kan...? tapi dari rela bunuh diri tu lebih bagus kawin lari kan?)

Apa pun, apa saja yang kita lakukan keberkatan dari kedua ibu bapa adalah yang teratas..
Biar kita derita sengsara macam mana sekali pun, kita tak boleh ketepikan kehendak ibu dan bapa..
Janganlah terlalu ikutkan perasaan dalam percintaan...Haaa...mama pun bercinta macam nak rak dulu...mama tahu lah betapa panasnya bahang asmara tu...

TApi...tapi...masa bercinta memang macam tu..sanggup mati bersama...tapi janganlah sampai mati bunuh diri bersama...bukan saja tak dapat bersama di dunia, di akhirat pun tak merasa untuk berjumpa...tahu tak?!...

Mama bukan nak menuding jari ini kesalahan siapa, tapi mak bapak juga terlibat dalam hal ni.. Perlu bagi didikan agama yang cukup, kesedaran tentang salah laku...kebaikan dan akibat daripada perbuatan yang dilakukan...

Ni mama selitkan sedikit renungan..

Manusia diharamkan mencederakan diri sendiri sehingga boleh kehilangan nyawa
Soalan: KITA dikejutkan beberapa laporan kurang menyenangkan mengenai saudara seagama kita yang membunuh diri. Bolehkah ustaz menjelaskan kesan perbuatan itu dan apakah yang boleh kita sebagai ibu bapa dan remaja lakukan bagi mengelak daripada kejadian sedemikian? Apakah ada sebarang doa yang boleh kita amalkan bagi mengelak perbuatan yang menyebabkan kita terkeluar daripada landasan agama kita? Ana, Perak
Jawapan:
ISLAM sangat menghargai jiwa manusia. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 93 iaitu yang bermaksud: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal di dalamnya, dan Allah SWT murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.”

Juga surah al-Maidah ayat 32 mengenai kisah Qabil membunuh Habil iaitu yang bermaksud: “Dengan sebab demikian (iaitu pembunuhan kejam itulah), Kami sudah tetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia sudah membunuh manusia semuanya…”

Begitu juga surah al-Furqan ayat 68 yang bermaksud: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah SWT, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.”

Sehubungan itu, dosa membunuh jiwa termasuk membunuh diri adalah dosa besar yang bakal menerima azab. Seperti firman-Nya dalam surah An-Nisa ayat 29 bermaksud : “Janganlah kamu sekalian membunuh jiwa-jiwamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengasihani kamu.”

Apa pun alasan dan cara membunuh diri seperti meminum racun, gantung diri, terjun tempat tinggi, melukai diri dan seumpamanya hukumnya tetap haram dan pelakunya akan kekal di dalam neraka.
Sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka tangannya akan menusuk besi itu ke perutnya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Barang siapa yang meminum racun untuk membunuh dirinya, maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Dan barang siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung untuk membunuh dirinya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya.”

Biasanya orang yang melakukan perkara terkutuk itu disebabkan kecewa atau tidak sanggup menempuh ujian hidup atau seumpamanya. Walau bagaimana berat ujian yang ditimpa, sebagai seorang yang beriman hendaklah menghadapinya dengan sabar. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah SWT) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat…”

Begitu juga surah yang sama ayat 214 bermaksud: “Adakah kamu patut menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang sudah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka sudah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), dan serangan penyakit, serta digoncang (oleh ancaman bahaya musuh) sehinggalah berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada berserta: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah SWT itu dekat (asalkan kamu berpegang teguh kepada agama Allah SWT).”

Sebuah hadis riwayat Muslim, daripada Abu Yahya bin Sinan berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu, kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur, maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya.” Wallahualam


Semoga generasi mama dihindarkan dari perbuatan keji ini...Ya Allah, lindungilah aku dan seluruh keluargaku dari melakukan perbuatan keji ini..Tetapkanlah jiwa kami semoga sentiasa berada di jalan yang lurus dan benar dan mendapat rahmat dan perlindungan daripadaMu ya Allah.. Amiin..
                        

No comments:

Post a Comment