Selepas pembedahan, mama tido keletihan dan demam, mama terjaga di awal pagi..Dalam pukul 3-4 pagi macam tu lah..terjaga kerana pening kepala...mama nak minta bantal dari nurse..rasa sakit tido tanpa bantal..Rupa-rupanya, seseorang yang baru saja selesai pembedahan tidak boleh tidor berbantal..tak tahu kenapa..tapi nurse memang tak benarkan...mama sengsara lagi..arghhh...bencinya...last2 mama capai towel and alaskan kepala juga...kalau tak..mama memang tak dapat tido..BAru ja lelapkan mata, tetiba datang plak Dr. X .(letak X sebab tak tahu nama dia)..Datang buat pemeriksaan and ambil darah..Ha..bab2 ambil darah nih..mama memang tak mau ingat...meletihkan..sampaikan mama dah lali dah dengan jarum..sejak awal mengandung sampailah beranak, doktor asyik ambil darah mama ja..sebenarnya mama ada masalah kurang hemoglobin..masa mengandung..julat HB mama selalunya dalam 9-9.7 sahaja..tak pernah lebih..asyik dok kena marah dengan doktor ja..then tiap kali buat pemeriksaan mesti doktor nak pantau HB..sampai lah bersalin ni..Nak di jadikan cerita result blood test mama teruk plak..yerlah..mama kan baru lepas operate..mama dah agak..HB mama mesti jatuh..tinggal 7 jer..apa lagi..esoknya, doktor cakap mama kena tambah darah..maknanya mama tak boleh keluar hospital sehingga HB mama kembali normal..
Pagi 22 december, tepat jam 12 tgh hari, daddy , maktok and tokayah datang..maktok bawa banyak makanan dari rumah..masa tengah makan daddy buka cerita pasal baby...Barulah mama tercangak..baru mama teringatkan baby mama..terus stop makan..terus tanya daddy baby macam mana ..OK ke tak..Mama terus ajak daddy pergi jenguk hannah kat NICU..tak sabar rasanya...Tapi..jarum yang tersusuk di belakang badan mama belum dibuka..terpaksa tunggu doktor. datang buka dulu..Hrmmm...siksanyalah melahirkan secara c-sec ni..Hanya ibu yang pernah menjalaninya saja yang tahu siksanya...mama masih tak dapat mngubah kedudukan badan sendiri..perit sangat dibahagian pembedahan..Masa doktor nak tanggalkan jarum kat belakang badan pun, mama perlu dibantu oleh nurse untuk pusingkan badan..So..disebabkan keadaan mama yang lemah, mama terpaksa tangguhkan dulu hajat mama nak jenguk anak mama yang keseorangan kat NICU..pilu rasanya..anak mama masih tak dapat minum susu mama...kesian dia...
Hanya pada hari ketiga mama boleh bangun sendiri dan berjalan..tu pun berjalan sambil pegang perut..terasa macam perut nak jatuh jer...sakit...jangan cakaplah..Pada hari tersebut mama berpeluang melawat anak mama..daddy sorong mama guna wheelchair..hati mama berbunga2..tak sabar...
SAmpai ja di wad NICU, daddy tunjuk kedudukan baby..sedih rasanya bila melihat jarum dan wayar memenuhi badan anak mama yang sorang nih...masa inilah mama pandang anak mama and terus mama panggil "Hannah.."..kesiannya anak mama..Kesan tusukkan jarum penuh di tangan hannah..mungkin cubaan demi cubaan untuk pasangkan drip gagal kot...dengan pertolongan daddy, mama pangku hannah untuk pertama kalinya..Dan untuk pertama kalinya mama menyusukan hannah...Ajaibnya kuasa Allah...Hannah dengan cepat berjaya meminum susu mama...daddy ada videokan detik tu...sambil mata memerhatikan mama, hannah minum dengan lajunya...lapar gamaknya anak mama nih...kesian...dua malam menunggu susu dari mama...Selepas minum..hannah tertidor dipangkuan mama...Lega rasanya mama dapat menyusukan hannah..Doktor kata Hannah akan lagi cepat sembuh jika minum susu ibu..So, setiap hari mama akan menunggu daddy untuk bawa mama berjumpa Hannah... Adakala Hannah seperti sangat letih, tak mahu buka mata..adakala ada titisan air mata di hujung mata hannah...mungkin Hannah letih menangis...terseksanya mama memikirkan hal Hannah...
Pada hari ke7 mama dibenarkan keluar setelah menerima dua kali tranfusi darah....Tapi mama tak dapat balik bersama Hannah sebab Hannah perlu menerima suntikan antibiotik selama 7 hari..ikut kepada perkembangan kesihatan Hannah..Ikut perkiraan masih ada 4 hari...Hari itu sangat sedih buat mama...ibu lain pulang dengan membawa bayi mereka bersama...mama pulang dengan tangan kosong..pilu terpaksa membiarkan anak mama di wad...
Oleh kerana susu mama penting untuk hannah..mama terpaksa melanggar pantang...dengan perut yang sakit..mama berulang alik ke hospital setiap hari untuk menyusukan Hannah..Setiap hari setelah selesai menyusu, mama pulang dengan linangan air mata...Namun berkat doa semua, Hannah berjaya recover mengikut jadual..walaupun masih ada sedikit keraguan doktor pada Hannah, namun mama berjaya memujuk doktor untuk membenarkan Hannah dibawa pulang...Lega rasanya...barulah mama dapat rasa kebahagian sebenar..Alhamdulillah...syukur padamu ya Allah..
HAa..tulah serba sedikit coretan tentang kelahiran insan bernama Hannah Irdina..walaupun perit..namun semuanya berbaloi..Mama sayangkan Hannah...sangat...sangat...Semoga Hannah menjadi manusia yang berguna...dan hamba yang solehah...
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul... tapi mama tak akan serik untuk beranak lagi...betullah kata orang sebelum ini...walaupun sakit seperti nak mati..semuanya akan hilang setelah melihat anak...dan tak akan serik untuk beranak lagi....Hrmmm...bila ek nak beranak lagi...hehheeee...kot ya pun tunggulah sampai badan kembali hot..baru boleh rancang kelahiran seterusnya...harap masih ada rezeki di masa depan...Amin..
No comments:
Post a Comment