Tuesday 31 December 2013

Selamat tinggal 2013..Selamat datang 2014


Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah dengan izin Nya maka bertemu lagi kita di tahun baru! Syukur yang tak terhingga kehadrat Illahi dengan rahmat dan pemberianNya sepanjang tahun lepas..Semoga tahun yang bakal ditempuhi ini akan lebih bahagia dan berjaya hendaknya..InsyaAllah.

Ingin sekali mengimbas tahun 2013 sepintas lalu sebelum kita membuka tirai 2014..Telah banyak yang mama lalui sepanjang 2013..Pahit dan manis..semua ingin mama kenang..Walau pun 2013 merupakan tahun yang banyak memberi kenangan manis dalam hidup mama..Syukur Ya-Rabb..



JAN 2013
Merupakan bulan terindah 2013 apabila mama selamat melahirkan seorang puteri yang mama namakan Hasya Arianna.Semoga dengan kelahiran Puteri mama yang kedua ini menambahkan lagi seri dalam kehidupan mama dan daddy..InsyaAllah..


JAN-NOV 2013
Tirai 2013 juga menjadi saksi tamatnya pengajian Master of Science mama!
Syukur sangat ya Allah..Ini juga hadiah yang tak ternilai buat mama..Setelah 4 tahun bertungkus lumus untuk menyempurnakan pengajian di UUM..Entri pasal konvo mama dah cerita panjang lebar kat blog ni..so boleh baca ek..

Terlalu berat menanggung kepayahan belajar sambil bekerja dan pada masa yang sama mempunyai bayi yang baru dilahirkan dan juga anak yang sedang membesar..Berat mata memandang..berat lagi bahu mama yang memikul..Namun, mama serahkan segala kepada Allah..apa yang mama mampu hanyalah memberi fokus dan tetapkan hati supaya terus sabar menghadapi cabaran..Walau terkadang mama menangis sendiri..Adakala mama tidak tidur semata mata untuk menyiapkan thesis..Adakala terpaksa meriba Hasya yang menyusu badan sambil membuat analisis..Menitis air mata tak kala menanggung tekanan yang maha hebat..Terpaksa berperang dengan deadline dan kemampuan fizikal sendiri yang menuntut rehat setelah seharian penat bekerja..DAn akhirnya..inilah hadiah nya..mama sangat bahagia..
Mama berjaya menyiapkan Proposal Defence, Progress Report, VIVA, hanya dalam satu semester! dan juga satu subject tambahan juga dalam semester yang sama..My supervisor said..Iam the supermom!

*****So NEVER LOSE HOPE! Cause ALLAH is always by your side****




Peneman setia mama..Pre-convo day..
SEgala keinginan mama untuk hari konvokesyen mama telah termakbul!
Daddy belikan mama convo bouquet yang mama idamkan..TQ daddy..nak ada outdoor  photo shoot..semuanyalah..yang mama idamkan telah tercapai..

Photoshoot!

Pertunangan Pakcik Mamat dengan Makcik Ainun..
(Gambar blum upload)
Kenangan manisnya: Mama menjadi tukang buat hantaran dan tukang pembuka majlis..Tekong majlis..
siap berpantun bagai..Hahahahhhh..tak sangka!

 DEC 2013
December diakhiri dengan sambutan ulang tahun Hannah yang ke-3..pada 21/12/2013!
Gambar nanti letak(blum upload)
Di sambut di longboh pula kali nie..Tunggu entri birthday Hannah k..

Antara perkara lain yang tercapai :

Nak beli kamera compact digital..
Dah terbeli...Alhamdulillah..

NAk membawa maktok dan wan Rashid naik kapal terbang..belanja pi jalan-jalan..InsyaAllah bakal termakbul Jan 2014 ni..

So..
Tunggu Legoland..Kami sampai..
Yang akan turut serta adalah Acu Iffah dan Asyafman..serta Achik Mamat & Achik Ainun!
K..sambung lagi nanti..!!!
Muahhh!
Sayang korang..

Semoga 2014 membawa pelbagai lagi kenangan indah untuk dicoretkan di blog ini..InsyaAllah..
Apa target 2014???

Biarlah Rahsia!

No comments:

Post a Comment